Sensasi YouTuber Malaysia, Sugu Pavithra Ada Bakat Jadi Model

21

Sensasi YouTuber Malaysia, Sugu Pavithra Ada Bakat Jadi Model | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog apakatamommy. 

Korang pernah dengar pepatah " Tuah Ayam Nampak di Kaki, Tuah Manusia Siapa Yang Tahu " . Maksud pepatah, tiada sesiapa pun yang tahu dengan pasti untung atau malang nasib seseorang. Pepatah ini memang sangat sesuai dengan sensasi youtuber Malaysia kesayangan ramai, Sugu Pavithra.

Siapa Sugu Pavithra ni? Kalau tak silap mommy la, Sugu Pavithra adalah gabungan nama antara suami ( Sugu ) dan isteri ( Pavithra) . Hasil gabungan nama terhasilah saluran YouTube Sugu Pavithra. 

Pavithra hanyalah seorang surirumah biasa dan mempunyai 2 orang anak. Dia mula dikenali selepas saluran youtube nya, meraih pengikut sebanyak 722K pengikut ( 23 Jun 2020 ) kerana aksi memasak yang datang dari hati dan video yang tanpa perlu edit dengan gah vah vah boom . Pavithra pun hanya menggunakan peralatan memasak yang kesemua surirumah di Malaysia guna pakai. Tetapi kuali dan dapur Pavithra bersihhhh dan berkilat korang. Kuali dan dapur mommy pun tak gitu.  

Bila dah viral semestinya akan dipanggil untuk temubual, hadir ke siaran langsung mana-mana siaran TV kan dan menghiasai muka hadapan majalah terkenal. Baru-baru ini Pavithra menunjukkan bakat semulajadi persis model yang sudah berpengalaman untuk Digital Pepatung.

Gambar Pavithra untuk Digital Pepatung. 





Dalam banyak-banyak gambar mommy suka yang black and white ni. Pavithra nampak menawan sekali. Korang dah pernah cuba resepi yang Pavithra kongsikan dekat YouTube nya. Mommy pernah masa Paruppu Vadai . Memang sedap la.


Kredit Gambar dari Digital Pepatung. Klik Sini Wajah Pepatung; Sesasi Sugu Pavithra


Post a Comment

21Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Siapa sangka dalam sekelip mata sahaja Pavithra dah dikenali ramai...untung diankan?

    ReplyDelete
  2. suka tengok hasil kerja MUA ni sebab dia guna makeup look inspired by Deepika Padukone. Hasilnya memang wow.

    ReplyDelete
  3. ERmmm cepat betul rezeki dia kan...bak kata orang, rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari.. moga Sugu terus dengan pendirian dan sikap dia yang suka merendah diri...

    ReplyDelete
  4. eh sama lah kita, satu menu jer kuah vadai tu jer yg huda dah try dan sedap. Suka jugak cover yang black and white. nampak lagi menyerlah kan.. less is more

    ReplyDelete
  5. cantik orangnya. semoga terus berjaya Pavithra. Dan terus merendah diri

    ReplyDelete
  6. Memang rezeki jadi youtuber terkenal sekelip mata! dengan gaya tersendiri... hebat dapat jana income dari youtube bukan mudah. terbaiklah Sugu.

    ReplyDelete
  7. Sekelip mata beliau terkenal. Semoga pandai bawa diri dan utamakan keluarga.

    ReplyDelete
  8. hasil make up yg wow..semua org ada ability untuk berjaya, kena rajin dan doa keluar daripada apa yg ada sekarang. rezeki takkan pernah salah alamat

    ReplyDelete
  9. Hebat betul dia ni, mungkin sebab dia simple dan gaya hidup boleh buat orang relate. Sebab tu ramai suka tengok, I pun suka tengok. Tapi dia ada gaya boleh jadi model jugak ni. Cantik, pose pun tak nampak awkward.

    ReplyDelete
  10. Dia ni cantik betul kalau dah make up. Pandai yang make up dia ni. Baju pun dari rizman ruzaini. Vasss

    ReplyDelete
  11. Wahh berubah betul dia bila dah dimakeupkan..cantik sangat mcm model. Sis pun dok ikuti gak dia punya youtube..suka tgok org berjaya dgn usaha sendiri

    ReplyDelete
  12. thanks so much for sharing about this, learnt much more about her, a Malaysian YouTuber
    cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  13. akak pun dah tersuka tengok youtube dia ni..istimewa betullah dia kan..comel dia ni

    ReplyDelete
  14. Tak try la resipi dari youtuber sugu ni. Teringin juga nk cuba

    ReplyDelete
  15. Beliau sungguh cantik dan nampak sangat mulus serta naif. So pretty.
    Tahniah pada semua krew yang berjaya 'menangkap' Pavithra dengan begitu cantik.

    ReplyDelete
  16. ahhh Makin famous Sugu ni... Cantik gila bila dia make up kan..terkejut tengok. lepas ni makin banyak la brand yang ambik dia as model :)

    ReplyDelete
  17. Wah cantik sekali dia. Seorang youtuber Malaysia saya kira dia seorang model. Btw dia nih keturunan india ya

    ReplyDelete
  18. Wow! Terserlah kecantikan semulajadi... ini maciammmmm lah... hehehehe... vadai tu memang nampak sedap yakmat... memang suka makan vadai... nanti nak cuba jugalah...

    ReplyDelete
  19. wow Pavithra looks so pretty on the posters. Now is youtube and video time. nice to become a popular youtuber they can earn a lot hehe.

    ReplyDelete
  20. Wah she is an overnight celeb now, is great that the was discovered and her video go viral.

    ReplyDelete
  21. Cantik sgt mcm iras kajol. Hehe. Rezeki die kan. Nampak cara dia masak sgt ikhlas je. Seronok tengok.

    ReplyDelete
Post a Comment