Patutkah Tadika, Taska dan Prasekolah Dibenarkan Beroperasi Semula 1 Julai 2020.

15
Patutkah Kerajaan Membenarkan Tadika, Taska dan Prasekolah Beroperasi Semula 1 Julai 2020 ini. | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog apakatamommy. Korang yang baca blog mommy ada ke anak-anak yang bersekolah di Tadika, Taska dan Prasekolah??

Macam mana perasaan bila tahu pengumuman dari Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bagaimanapun operasi mereka tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Ke masih tidak tahu lagi? hehehe


Mommy terkejut dan risau bila Menteri Kanan (Keselamatan) umum yang tadika, taska dan prasekolah dibenarkan beroperasi atau dibuka. Jangkaan mommy ingat mahu umumkan tarikh untuk pelajar sekolah menengah terlebih dahulu.

Budak-budak sekolah menengah bagi mommy semuanya sudah boleh mendengar arahan dan memahami apa yang sedang berlaku sekarang. Senang untuk cikgu memantau keadaan. Dan kalau ada yang terkena jangkitan, mereka boleh menjaga diri sendiri di hospital tanpa perlu ibu bapa teman. Budak yang positif covid19 memang akan kena duduk bersendirian bukan di hospital? ke ibu bapa atau penjaga boleh temankan?


Walaupun SOP sudah dipersetujui dan akan diumumkan nanti oleh Kementerian Pendidikan mommy masih tidak boleh terima. SOP termasuk sewaktu pelajar datang dan pulang, mengenai cara mereka bermain, waktu makan dan sewaktu dengannya.

Mommy sedia maklum, kenapa tadika, taska dan prasekolah dahulu yang dibuka. Ini kerana kebanyakkan ibu bapa ataupun penjaga sudah memulakan pekerjaan masing-masing dan risau tiada siapa yang boleh menjaga anak mereka. Sebab itu, kerajaan memutuskan untuk membuka tadika,taska dan prasekolah terlebih dahulu.

Ada yang mommy dengar, selama tiga bulan tidak hantar anak ke taska yang mana swasta, yuran masih berjalan seperti biasa. Yuran taska swasta bukan kaleng-kaleng harganya.

Apa-apa pun kita tunggu sahaja pengumuman daripada Kementerian Pendidikan tentang SOP semasa di tadika, taska dan prasekolah.

Post a Comment

15Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Taska atau Prasekolah ni muridnya tak ramai,. dan mereka budak senang nak handle, walaupun risiko jangkitan tinmggi...tapi mereka senang nak di bawa bincang hahahaha..kalu budak sekolah ni, ermm dah besar, akal panjang, dengan cikgu pun tak takut, lagikan SOP...ermmmm

    ReplyDelete
  2. Terpaksa lah kut sbb ibu bapa perlu pergi kerja klu taska tadika tutup ke mana mrk nak anta anak2 ... kena fikir gak masalah tu.

    ReplyDelete
  3. Bagi ibu-ibu yang tak bekerja mungkin boleh buat homeschooling untukanak-anak. Tapi ibu bekerjaya mungkin dgn oembukaan taska tadika.ni salah satu cara memudahkan urusan seharian 😊 insyaaAllah ada jalan penyelesaiaan yang baik

    ReplyDelete
  4. Sebab banyak sektor dah boleh bekerja jadi ibu ayah yang bekerja akan tinggalkan anak-anak mereka hat kecil lg dirumah. Jd fikir positif adalah lebih selamat anak kita di taska / tadika. Dari sudut anak2 masih kecil nak ikot SOP kita serah pd pengurusan taska / tadika nak buat macam mana yang disarankan. Kita sebagai ibu bapa nk yang terbaik untuk anak kita. Jadi kit sokong usaha yang taska / tadika lakukan

    ReplyDelete
  5. Harap SOP dapat dipatuhi dan semoga kita dapat putuskan rantaian covid ni.. Insya Allah kita pasti menang

    ReplyDelete
  6. Tak tau la.. Nad fariza pun sekolah tafika, berbelah bahagi juga rasanya.. Mungkin akan datang secara bergilir2.. Harini dtg, esok takyah dtg

    ReplyDelete
  7. nak tak nak mmg kena mulakan norma baharu..itulah takut juga tapi hrp kerajaan dpt buat keputusan yg terbaik..moga baik2 je nnti

    ReplyDelete
  8. Taktau nak rasa happy ke cemana. Memudahkan, tapi risiko tetap ada. Kena jalankan tanggungjwb masing²

    ReplyDelete
  9. kena tunggu SOP pihak tadika la ni. most probably takla sekolah hari2

    ReplyDelete
  10. Fiza dah hantar anak nursery sejak PKPB.. dan julai nie mmg tadika dah dibuka. Tak de pilihan buat kami ibu bekerja. Doakan yang terbaik untuk anak2..

    ReplyDelete
  11. Kalau ikutkan memang risiko. Tapi kesian juga kat parents yang bekerja.

    ReplyDelete
  12. Mungkin dibuka sebab keperluan ibu bapa yang keduanya bekerja. InsyaAllah ada SOP yang khas untuk tadika ni.

    ReplyDelete
  13. Tak buka ibubapa pening mana nk hantar anak. Bukan semua pejabat bagi kerja bergilir suami isteri. Malaysia kan ramai kapitalis rakus.

    bankami.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. susah nak cakap
    sebab ada pro dan cons
    setiap orang akan ada yang suka, tak suka atau berkecuali

    ReplyDelete
  15. Anak2 Marina tak sabar nak gi sekolah. Dah bosan duk rumah. Hihi. Semoga selamat semuanya bila parents mula hantar anak ke tadika dan taska

    ReplyDelete
Post a Comment