Mykasih Kapital UNTUK WANITA YANG MENCARI NAFKAH UTAMA KELUARGA | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Apakatamommydotcom.
Asyik entry pasal drama sahaja, lagi-lagi drama RINDU AWAK SEPARUH NYAWA. ( Klik Tajuk Cerita ) korang ni semua peminat Syukri Yahaya itu gamaknya.
Kita ni orang perempuan atau wanita, tengok drama iya juga, cari nafkah iya juga.
Leya nak kongsikan sesuatu dengan wanita mahupun perempuan diluar sana, dimana musim PKP ini suami mereka sebagai pencari nafkah agak terjejas dengan pandemik yang melanda Dunia sekarang ataupun suami mereka tidak lagi dapat menjana pendapatan untuk keluarga mereka contohnya sakit.
PROGRAM BANTUAN MyKasih Kapital
Program Bantuan MyKasih Kapital merupakan salah satu insentif tambahan kerajaan yang diumumkan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia, sempena Sambutan Hari Wanita pada 8 Mac 2021.
Program Bantuan MyKasih Kapital ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKWM) melalui Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia (YKN).
JUMLAH BANTUAN MyKasih Kapital
Insentif tambahan untuk memberi faedah secara langsung kepada kaum wanita yang berbentuk suntikan modal perniagaan.
Pemberian insentif ini adalah sebagai satu usaha menggalakkan kaum wanita berniaga terutamanya yang terlibat dalam bidang e-dagang atau dropship.
Dalam Berita Harian 8 Mac 2021, dinyatakan bahawa Kerajaan akan menambah inisiatif sedia ada yang dikenali MyKasih Kapital dengan modal maksimum sebanyak RM1000 kepada sekurang-kurangnya 2000 penerima berkelayakan.
OBJEKTIF
- Memperkasakan ekonomi kumpulan sasar yang terkesan dengan pandemik wabak COVID-19 melalui bantuan modal perniagaan.
- Membantu meningkatkan taraf hidup mereka yang memerlukan bantuan kewangan segera melalui peruntukan kewangan bagi memulakan perniagaan.
- Pendekatan yang mengoptimumkan potensi individu berdasarkan bidang kemahiran mereka agar tidak terus bergantung kepada bantuan kerajaan sepenuhnya.
SYARAT KELAYAKAN MyKasih Kapital
- Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas
- Golongan wanita sahaja
- Ketua keluarga yang merupakan pencari nafkah utama keluarga
- Individu yang menanggung keluarga tetapi hilang mata pencarian
- Wanita yang mempunyai suami tetapi suami tidak berkeupayaan untuk mencari nafkah disebabkan sakit
- Berminat dan bersungguh-sungguh menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan
CARA PERMOHONAN
- Pemohon perlulah mengemukakan permohonan melalui pautan di sini.
- Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
nice!!!! membantu wanita dalam perniagaan
ReplyDelete