Kuasa Pembeli Ketika PKP Ini Membuat Harga Barang Meningkat | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog apakatamommy.
Korang mommy nak tanya pendapat korang. Sekarang ini isu yang mommy nak fokuskan adalah barang-barang jualan di platform e-commerce seperti shopee dan lazada. Mommy nampak harga-harga barang yang mommy selalu survey dan beli boleh dikatakan naik sedikit demi sedikit atau 2 kali ganda kenaikannya.
Barang yang mommy cakap bukanlah hand sanitizer, 3 ply mask atau thermometer bacaan suhu badan tu. Itu tak payah ceritalah, 3,4 kali ganda naik harganya. Korang bayangkan thermometer bacaan suhu badan yang harganya serendah RM 30.00 dan paling mahal pun mommy pernah jumpa mungkin RM 60.00 boleh jejak harga sewaktu PKP ni RM 100.00 hingga RM 300.00 seunit. Gila apa.
Mommy ada survey air fryer baru, sebab sebelum ni mommy hanya guna oven dan air fryer ibu mommy je pun. Mommy mula survey dari awal bulan 3. Tapi keinginan tu tak sampai sangat. Sehinggalah masuk PKP fasa 2 ni, baru la keinginan nya membuak-buak korang.
Dia punya hantu tu nak kan air fryer sampaikan bukak channel Astro Ria, terkena pulak siaran waktu GoShop. Boleh pulak tengah promote air fryer. Hantu sungguh.
Mommy survey brand Russell Taylors dan Perysmith. Kedua brand ni kenaikkan harga yang mommy boleh cakap, senang cerita mommy bagi contoh la ye.
Kalau korang tengok harga semasa, RM 259.00. Seminggu lepas kawan mommy ada beli dan dia dapat harga lebih murah sedikit dari mommy. Murah dalam RM 20.00 macam tu. Masa sale 4.4 ada yang da[at RM 193.00 paling murah yang mommy tahu. Mommy ada joined group air fryer dekat facebook. Tapi tak pe la, apa-apa pun harga nya naik tak mendadak dan selamat mendarat petang tadi.
Mommy nak tekankan dekat sini, pastikan sebelum korang beli tengok review orang terlebih dahulu dan berapa unit sudah terjual. Kalau dapat shop official nya lagi bagus. Mommy ada search perysmith air fryer dan taraaaa. Korang boleh tengok harganya. Tiada review dan tiada yang sudah dibeli. Jadi pembeli yang bijak korang.
Apa yang mommy boleh buat kesimpulannya, harga nya naik sedikit demi sedikit selepas item yang di post sold out dengan cepat. Mommy nak beli sampai kena tunggu 2 kali baru dapat. Macam kes air fryer perysmith ni, barang yang ada di Malaysia mungkin berkurangan dan tak dapat restock dari kilang. So selalu sold out dan peniaga main harga la dekat situ. Sama jugak dengan brand air fryer russell taylors.
Pembeli pun semasa PKP ni ada je benda yang nak dibelinya. Air fryer la, Printer la. Nanti harga printer confirm naik harga. Habis mak bapa perlukan printer untuk print latihan anak-anak yang cikgu bagi sepanjang tempoh PKP ni.
Kalau ikutkan mommy nak je tunggu sale nak dekat raya nanti. Tetapi teramat perlukan dan sebab rakan-rakan jadi hantu, grab jugak la. Hahahaha
TUNGGU RESEPI YANG BEST DARI MOMMY GUNA AIR FRYER YE
Sis punya brand Haier jee, dah 2 tahun pakai, alhamdulilah banyak jasanya..
ReplyDeleteBeli je yang biasa Leya, gunanya sama je hehehehe
Betulah sis lin. Setakat ni oven ada, microwave ada. Saja nak beli air fryer. So better beli yang murah2. Macam sis cakap kegunaannya sama je
Deletehaha memang betul sangat, ada je benda nak beli. kalau tak betul2 review, kerugian lah walaupun kononnya item on sale
ReplyDeleteKan bae. Ada jo yang nak membeli.
Deletedari 1st day PKP tangan asyik masuk shopee & lazada je. ada je barang nak beli, mostly BBL beli barang2 kering dapur sebab takut nak keluar hehe
ReplyDeleteHeee lagi 1. Pg mall pun mommy asyik masuk jugak
DeleteComel la warnanya. Merah tu. Sis pun ada air fryer. So far puas hati pakainya. Kalau lagi ramai beli makin lama makin mahal pulak harganya mungkin.
ReplyDeleteDlm group fb yang mommy joined. Boleh dikatakan permintaan untuk beli air fryer meningkat 2x Ganda.
Deletemahal jugak ye harganya.. sampai nak ke 500. kalau mahal lagi saya tumpang tengok je lah kot.. tunggu sale kang baru grab
ReplyDeleteAha. Tp yang 500 ratus tu shop lain. Xd review xd sold out lg. Kena jaga2
Deletebest ada air fryer. mudah masak mcm2, sis.
ReplyDeletesila la beli. and best sgt lah. aida dah bertahun guna air fryer philips.
zaman dulu beli rm999 tau. masa tu tak byk brand yg ada.
now, hmmmm less than rm200 pun ok. terbaik la. memudahkan pengguna.
Yup Philip adalah brand pertama yang keluarkan air fryer. Bila Philip dah keluarkan twin turbo punya, baru lah ia lepas kan hak . So ramai la yang boleh buat air fryer
DeleteSiapa yang rajin dan selalu beli online mesti perasan apabila barang turun naik kan? Masa PKP ni rasanya barang naik sikit kut...
ReplyDeleteBetul tu kak fas, mesti blh perasan la. Lagi jenis yang survey 2,3 hr dulu brg nya.
DeleteBetul tu yatie. Tak agak2 naik nya pun
ReplyDeleteNak beli air fryer juga ni tapi macam perlu ke x perlu ntah la..pastu duit dah habis ke tempat lain bila asyik keluar masuk shopee ni..hahaha..
ReplyDeleteHahah ni yang Jahat ni. Aim benda lain, benda lain di beli nya
DeleteBerminat juga nak beli air fryer tu. Tapi nantilah dulu. Belum ada rezeki. Pakai jelah apa yang ada. Apa pun insyaallah nak beli jugak satu hari nanti.
ReplyDeleteInsyaallah ikut keperluan bila membeli
Deletealhamdulillah , jarang juga saya berbelanja di shopee atau lazada ni. tambah2 time macam ni saya cuba jimatkan duit.nak beli barang pun kena fikir dulu utk masa depan. hehe
ReplyDeleteKalau masih bujang, air fryer ni menyenangkan tau
DeleteMy mom using Philips , and I have no idea how much is it.
ReplyDeleteAs long as boleh guna, I think that is enough for that.
Philip agak mahal. Tapi sangat berbaloi. Ada org dah guna lama. Dan coating dalam still ok
DeleteYe awak, baru je semalam kawan tanya harga air fryer sb last month bella beli rm199. Semalam dah jg Rm299.90. Semua naik nampak gayanya sebab PKP ni.
ReplyDeleteAwak jenama Russell Taylor ke tu. Hahaa
DeleteAritu acah2 juga la nak beli air fryer ni.. tapi kami pkir balik , ada oven ada microwave ada steamer , ada slow cooker dan dapur masak dah .. takperlu ikut kehendak sgt kot.hahha nnt masaknya tidak.haha
ReplyDeleteBetul tu zaza. Jangan terlalu ikut kehendak. Heheh mcm mommy ada oven. Tp bila nk buat kek dgn kuantiti yg sedikit suka pakai air fryer, cepat. Hehehe
DeleteSamalah macam nad, nak sangat air fryer tu. Tengok kawn2 buat kek guna air fryer syok je.. Dah masuk dlm cart tapi terfikir2 lagi nak mleuarkan ke tak. .hahaha.. Yup.. Bila waktu sale akan dpt hrga murh.. Bila dh hbis sale, naik balik harga
ReplyDeleteKalau macam tu nad, tunggu je sale. Hehehe
Deletebetul sebenarnya kuasa beli meningkat. bagi yang masih ada kerja masih ada rezeki membelilah, alirkan ekonomi
ReplyDeleteItulah kan sis. Perlu ada aliran jual beli. Tapi peniaga tak boleh la ambil kesempatan
DeleteAir fryer mmg best kalau ada kat rumah. Mcm ayu, anak2 jer guna kalau dia nak masak urgent. Sebab dia x merbahaya
ReplyDeleteKurang risiko bahaya nya. Tp bila dah siap masak, nak keluarkan makanan tu kena Jaga-Jaga jugak. Panas kan basket nya
DeleteHaaaa.. biasa tine PKP ni dah ramai yg shopping online jd xhairanlah klu harga dia blh naikkan? Lgpun mudah nak masak n cepat.. nipun tgh klik2.
ReplyDeleteOo penangan PKP la ni, barang2 banyak naik harga. Seller makin tahu keadaan orang yg ramai tengah mencari sekarang ni. So demand tinggi, harga pun jadi mahal lah...
ReplyDeleteYeah I notice that too. It appears that the prices have been deliberately increased which is not a good thing.
ReplyDelete