Cara Pendaftaran Baru i-Lestari Tanpa Perlu Keluar Rumah Musim PKP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog apakatamommy. Okey mommy nak kongsikan cara pendaftaran baru i-lestari KWSP untuk pemohon baru. Sebenarnya bukan susah sangat nak daftar akaun, tetapi semenjak PKP ini, cawangan ataupun kiosk-kiosk tidak beroperasi kerana mematuhi arahan dari kerajaan.
Kenapa dengan cawangan atau kiosk ni?
Okey, untuk mendaftar perlu aktifkan terlebih dahulu no telefon di cawangan ataupun kiosk-kiosk yang berdekatan dengan tempat korang. Selalunya kiosk ni ada dalam bank-bank yang tertentu.
Tiba-tiba boleh keluarkan duit dari akaun KWSP kenapa? Boleh baca sini. i-Lestari Akaun 2 KWSP
Pentingnya perlu aktifkan terlebih dahulu no telefon korang sebabnya korang akan menerima ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS untuk pengaktifan i-Akaun (Ahli) dan untuk menerima TAC no.
Habis tu macam mana nak daftar i-lestari kalau dah cawangan ataupun kiosk-kiosk semuanya tutup untuk aktifkan no telefon. Hah korang jangan risau, sebab tu KWSP telah mengeluarkan cara untuk pendaftaran melalui e-mel .
Ah sudah. Lagi pening kepala. Macam mana orang yang lebih berusia nak daftar guna e-mel. Bukan semuanya jenis yang celik IT. Sebab itulah bawak kesedaran kepada mommy untuk tunjukkan cara yang paling ringkas untuk mak pak korang yang tak berapa nak tahu buat, atau kawan-kawan, sedara mara. Korang faham, korang tolong la buatkan untuk mereka.
Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli)
Pertamanya korang kena ada Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli). Boleh klik Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli) untuk download borang .
Sediakan 4 dokumen untuk daftar.
- Lampiran MyKad (depan dan belakang); dan
- Gambar swafoto Ahli bersama MyKad; dan
- Bukti pemilikan nombor telefon Ahli (cth: bil telefon, kontrak pendaftaran telefon, resit bayaran deposit) ; atau Tangkapan skrin penyata yang tertera nama Ahli dan nombor telefon bimbit untuk pengguna prabayar.
- Salinan Buku/Penyata Akaun Bank Simpanan/Semasa yang aktif milik Ahli
Website untuk edit borang dan lampiran. ( leceh )
- Untuk edit Borang Pendaftaran dalam pdf. So korang nak kena edit nama, alamat rumah dalam borang yang disediakan. https://www.sejda.com/sign-pdf
- Untuk edit garisan palang "UNTUK KEGUNAAN KWSP SAHAJA" https://www.fotor.com/app.html#/editor/text-
- Untuk edit My Kad jadi 1 mukasurat https://www.ofoct.com/merge-jpg-files
- Kecilkan size gambar https://tinyjpg.com/ Sebabnya bila kita nak hantar e-mel nanti, size file tidak boleh melebihi 22MB
- Mempunyai E-mel akaun dalam gmail
- Ada product google apps ; drive
Bismillah, jom kita start
- Buka website https://www.sejda.com/sign-pdf
BUKA WEBSITE SEJDA |
PILIH I'M FILLING OUT |
MASUKKAN BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN I-AKAUN |
KORANG KLIK MANA YANG KENA INI, TADAAAAA ISI DETAILS DALAM BORANG PDF |
PENTING!!
Pastikan korang letak no telefon bimbit korang yang aktif dan alamat email mestilah dalam Gmail.
Sudah siap isi borang semua, save borang dan rename nama iakaundaftar_Borang_<Nama Anda>
Edit garisan palang "UNTUK KEGUNAAN KWSP SAHAJA"
Okey sebelum tu, korang kena pastikan korang dah siapkan 4 dokumen yang dimintak.
- Swafoto korang dengan My Kad korang.
- Gambar My Kad depan belakang.
- Gambar Bil Telefon yang menunjukkan korang bukti pemilikan [ Mommy guna digi, so mommy ada digi app dan screenshot je details mommy ]
- Gambar Penyata bank akaun korang [ Mommy buka Cimb Click, dan screenshot juga details mommy ]
Untuk menyenangkan korang, upload siap-siap gambar tu dalam google apps Drive. Kalau korang nak edit dekat laptop, kalau edit dekat telefon korang tak payah pindah ke Drive.
- Buka website https://www.fotor.com/app.html#/editor/text-
Korang tekan upload your own image |
Gambar bawah ni, mommy dah masukkan gambar dan mommy tekan butang text tu. Korang edit text tu tulis HANYA KEGUNAAN KWSP SAHAJA. Kemudian rotatekan sedikit. Tekan button save di atas tu.
Bila korang dah tekan button save, keluar paparan macam ni. klik file type jpg , dan tekan download.
Pastikan korang buat untuk kesemua dokumen yang dimintak.
Edit My Kad
Untuk edit My Kad jadi 1 mukasurat https://www.ofoct.com/merge-jpg-files . Alah macam kalau korang pergi photostat My Kad korang ada My Kad depan dan belakang dalam 1 kertas A4 tu. Kalau korang guna telefon bimbit, dekat telefon boleh download editor app yang ada grid, contoh macam photo grid.
Korang nampak ada vertical tu. haa tekan yang vertical.
Tekan butang upload tu. Gambar My Kad depan dan belakang. Kemudian tekan butang Merge dan akan keluar Click to Download.
Jadilah macam ni ye korang. Jadilah dari nak kena keluar rumah. Kedai phototat pun entah buka ke tidak. Kalau ada printer dekat rumah tak pe la kan.
Kecilkan size gambar.
Pergi ke website https://tinyjpg.com/ Sebabnya bila kita nak hantar e-mel nanti, size ke semua file tidak boleh melebihi 22MB.
Ini option kalau korang nak tukar jpeg kepada file PDF.
Tukar image ke PDF file
- Untuk tukar image ke PDF file https://www.ilovepdf.com/
Cari tools JPG to PDF, kemudian korang tekan button select JPG images tu
Korang ada nampak button + tu tak? hah untuk My Kad korang kena add depan dan belakang My Kad, jadinya korang kena tekan button + tu supaya dalam 1 file pdf ada My Kad depan dan belakang.
Kemudian tekan je Convert to PDF, automatik pop up save keluar.
Pastikan juga korang tukar semua dokumen dalam image Jpg kepada file PDF. Save dan letakkan dalam folder yang korang kena namakan iakaundaftar_MyKad_<Nama Anda> . Tukar kepada nama masing-masing.
PENTING!!
Setiap file PDF yang korang kena savekan, kena savekan kepada nama yang betul. Contoh;
Salinan MyKad (depan dan belakang). Save iakaundaftar_MyKad_<Nama Anda>Gambar swafoto Ahli bersama MyKad. Save iakaundaftar_Swafoto_<Nama Anda>Bukti pemilikan nombor telefon Ahli. Save iakaundaftar_Telefon_<Nama Anda>Salinan Buku Bank/Penyata Akaun Bank Simpanan/Semasa. Save iakaundaftar_Bank_<Nama Anda>
Fuh selesai semua . Korang pergi dekat google app Drive . Korang boleh download je google drive tu kalau korang edit dekat telefon bimbit korang. Kalau guna laptop memang dah ada dekat google interface. Korang upload setiap 1 file yang dah korang tukar nama siap-siap tadi.
Buka gmail masing-masing.Dan ikut je seperti dalam gambar.
Pastikan;
- Subjek e-mel Pendaftaran Akaun Ahli <Nama Anda> (Cth : Pendaftaran i-Akaun Ahli Ahmad Bin Muhammad)
- Status permohonan akan dimaklumkan melalui e-mel iakaundaftar@epf.gov.my
- Saiz dokumen tak boleh melebihi 22MB.
Siap. Sorry korang entry kali ni terpanjang sangat. Harap korang faham. Sebenarnya korang boleh je nak hantar secara hantaran pos kepada alamat :
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
Karung Berkunci No 220,
Jalan Sultan
46720, Petaling Jaya
catatan (UP : i-Lestari ) pada bahagian
hadapan sampul surat
Ahli disarankan untuk menghantar permohonan secara dalam talian (e-Pengeluaran) untuk mempercepatkan proses kelulusan.
Sangat bermanfaat 🙋🏻
ReplyDeleteNasib baikla dah aktifkan no telefon bimbit sebelum ni. Itu pun lps 3x br aktif sb asik terlupa je sb bertangguh2. Boleh share ni pada kawan sb TAC dia problem, tk register la tu kot.
ReplyDeleteSuami pun tengah berkira-kira ni nak keluarkan ke tidak..tengok nanti, jika keperluan, memang kena keluar juga laa untuk tampung sikit-sikit..
ReplyDeleteAlhamdulilah ada juga bagi meringankan beban rakyat kan...
entry yang sangat bermanfaat pada yang lain. mujur dah ada i akaun. thanks for sharing
ReplyDeleteTq for sharing mmg dpt membantu org yg mungkin tidak tahu nak cara2 nemohon bantuan ni.
ReplyDeletebanyak juga steps kena buat untuk mendaftar. Okay thanks share, nanti boleh rujuk dekat sini masa nak isi
ReplyDeleteAlhamdulillah dalam keadaan macam ni banyak bantuan yang kita terima dan juga mengeluarkan sikit simpanan KWSP ni sangat membantu terutama golongan yang macam kita ni hehehe dah apply tunggu kelulusan jer wakakaka..
ReplyDeleteThis is a good information. Thank you for sharing this information with us.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian, tapi sis tak dak kwsp sb tak pernah koje. Beruntung le siapa yg ada kan, leh le kuarkan utk kegunaan time2 skrg ni
ReplyDeleteNasib baik saya dah buat i-account sebelum ni jadi dah tak perlu nak lalui semua proses ni. Kalau tak sure pening kepala
ReplyDeletealhamdulillah thanks atas perkongsian. tak payah la keluar rumah kan, mudah je klik klik klik
ReplyDeleteBaguslah boleh daftar I-Lestari tanpa perlu keluar rumah.Lagi2 musim PKP ni kan. Kalau sebelum ni kene pergi pejabat kwsp juga utk yg firs time register.
ReplyDeleteCara ini bagus cuma kadang kala tu tak lepas sebab dia perlukan beberapa pengesahan dan dokuman, Jadi masih kena pergi ke kaunter juga bila PKP dah tamat nanti.
ReplyDeleteThanks for the info, nanti sis nak check out juga.
ReplyDelete