Cara Pengeluaran i-Lestari KWSP Sempena Bantuan COVID-19 | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog apakatamommy. Alhamdulillah masih dalam situasi PKP. Harapannya kita semua dapat memenuhi perintah Kerajaan Malaysia dengan duduk dirumah supaya kita dapat putuskan rantaian virus COVID-19.
Sebelum ini Pengumuman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang membenarkan rakyat Malaysia berumur 55 tahun ke bawah dan menyumbang kepada KWSP mengeluarkan wang simpanan dari akaun 2 KWSP disambut baik oleh pencarum. Ini adalah salah satu inisiatif bagi mengurangkan beban rakyat dalam menangani krisis ekonomi semasa negara disebabkan penularan wabak COVID-19.
Bilakah ahli boleh mula memohon Pengeluaran i-Lestari
Ahli boleh mula memohon Pengeluaran boleh dilakukan pada 1 April 2020
Berapakah amaun yang boleh dikeluarkan
Maksimum RM 500 sebulan selama 12 bulan ( 1 Tahun ) tertakluk kepada :
- Baki dalam akaun 2
- Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang untuk bulan-bulan berikutnya sehingga Mac 2011 tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti dalam situasi di bawah (b)
- Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
- Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.
- Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.
Siapa yang layak membuat mengeluarkan
- Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan
- Bukan Warganegara Malaysia ; ( Fasa 2 )
- Berumur di bawah 55 tahun; dan
- Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2
Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dihantar kepada KWSP mulai 1 April 2020 melalui kaedah-kaedah berikut:
- Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli)
- Secara e-mel yang dialamatkan kepada: ilestarimohon@epf.gov.my; atau
- Secara hantaran pos kepada alamat :
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
Karung Berkunci No 220,
Jalan Sultan
46720, Petaling Jaya
catatan (UP : i-Lestari ) pada bahagian
hadapan sampul surat
* Ahli perlu memohon sekali sahaja untuk menjejaskan pembayaran bulanan berulang ke dalam akaun perbankan ahli.
Ahli disarankan untuk menghantar permohonan secara dalam talian (e-Pengeluaran) untuk mempercepatkan proses kelulusan.
Permohonan secara manual yang dihantar melalui kaedah (b) dan (c) akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses.
Permohonan pengeluaran oleh ahli bukan warganegara Malaysia hanya boleh dihantar melalui kaedah (b) dan (c) sahaja.
Kenapa maksimum RM 500
Jumlah maksimum RM 500 sebulan adalah munasabah bagi menambah sumber kewangan untuk membantu meringgankan ahli keluaraga membeli keperluan asas bulanan.
Sedikit info di sini.
- Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah sebanyak minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan ; tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat.
- Jika jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut.
Tempoh ahli membuat permohonan pengeluaran i-Lestari
Ahli boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021. (Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021)
Sebelum ini Pengumuman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang membenarkan rakyat Malaysia berumur 55 tahun ke bawah dan...
Posted by ByAleya - apakatamommy ; Blog Readers on Monday, 30 March 2020
Maklumat lanjut
Untuk pertanyaan lanjut boleh e-mel ke : ilestari@epf.gov.my atau hubungi 03-8922 6000 dan laman sesawang www.kwsp.gov.my.
Lawati Facebook rasmi KWSP untuk update terkini : https://www.facebook.com/KWSPMalaysia/
sayangnyaa tamau tamau kacau lagi..
ReplyDeletesmoga x perlu la kacau kwsp..
saya pun nak keluarkan duit ni untuk kegunaan kecemasan, tapi dah 2 hari cuba log in masih tak lepas, high traffic ;)
ReplyDeleteDah berjaya submit malam tadi kol 3AM. Punyalah step 4 tu dkt sejam tak boleh2. Sudahnya buat sekali lagi. Alhamdulillah ada bantuan ni. Lega sikit rasa. Yg penting jgn nak shopping pula kan.
ReplyDeletesmlm dh apply..tu pn malam baru dpt proceed sbb siang tu line bz je kan...almaklumla ramai yg nk apply hari pertama kn
ReplyDeleteSekarang laman web I-Akaun pun dah jem.
ReplyDeleteTak boleh masuk. Berkira juga nak mohon. Tapi tengok keadaannya macam mana
Sesiapa yang masih ragu2 nak tahu bagaimana nak keluarkan duit epf bawah i-lestari ni eloklah mengesyorkan kepada mereka membaca entri ini.
ReplyDeleteInfo yang sangat bagus ni. Kalau tak silap online buka pendaftaran bulan Mei. Bagus info ni untuk mereka yang nak keluarkan RM500. Moga dapat meringankan beban.
ReplyDeleteThank you for this sharing yea, bagus ada details mcm ni senang nk rujuk bagi yg bercadang nak keluarkan simpanan tu kan. Buat masa ni husband still tak sure perlu keluarkan ke tak huhu mudah-mudahan tak perlu la nnt kan sebab mcm sayang pulak kalau guna.
ReplyDeleteKWSP suami ada duit lagi. Tapi dia kena daftar dulu i akaun tu. Nanti nak buatkan pengeluaran untuk dia. Mudah sajakan nak buat pengeluaran ni.
ReplyDeleteaida xde kwsp. so memang x la join i-lestari.
ReplyDeletebagi yg memerlukan, alhamdulillah, ada la duit tambahan, kan di kala ekonomi so teruk ni.
guna kan dgn betul.
Akaun ena dah habis bayar rumah. 😂 So mampu tengok jela. Hehe. Baguslah untuk orang yang memerlukan
ReplyDeletealhamdulillah bolehlah gunakan duit dari akaun tu. berbelanja dengan yang perlu ya
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih pada kerajaan untuk kelonggaran ni. gunakan duit dengan sebaiknya Insyaallah
ReplyDelete