Menu 14 Hari Sempena Lanjutan PKP

23
Menu 14 Hari Sempena Lanjutan PKP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog apakatamommy. Korang tolong mommy. Mommy pening kepala sebab nya terpaksa fikirkan menu untuk sarapan pagi untuk 14 hari lagi. PKP dilanjutkan maka suami mommy pun terus la berada di rumah. Suami mommy ni seorang yang pentingkan sarapan pagi. Kalau mommy, terus brunch je. Hahahaha

Okey mommy pun pagi tadi search merata tempat, dekat Facebook dan Google. Terus tulis menu sarapan pagi, makan tengahari dan juga makan malam.

Korang mintak LIKES dan FOLLOW Facebook Page Mommy okey.
ByAleya - apakatamommy ; Blog Readers




Hah! Mana yang mommy tak reti terus mommy cari resepi nya. Fuh lega korang bila dah siap menu untuk 14 Hari tu. Jangan tanya bab air. Minum air masak je. Tak rajin mommy nak melayan air-air viral. Masak untuk makan bagi kenyang. 

Situasi sekarang ni korang kena berjimat cermat. Negara kita Malaysia masih dalam fasa PKP, ini pun di lanjutkan lagi. Mana tahu bila sampai 14 Mac nanti PKP ni di lanjutkan lagi. Suami dan kita isteri yang mana bekerja tentu nya akan dicutikan lagi. Gaji pun mesti dapat basic sahaja. Jadinya , mommy seru kepada semua berjimat cermat ye. 

Okey mommy pun nak tak nak terpaksa jugak keluar ke bandar untuk beli barang keperluan. Kita beli terus untuk 14 Hari punya. Semoga suami mommy masuk beli barang, dapat keluar dengan jayanya.

Doakan Korang.


Post a Comment

23Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Saya pun dah pergi membeli utk another 14 days punya food. Seronok! Sebab semua pantas dan jaga social distancing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok bukan. orang pun tak berapa ramai. kalau ada pun masing-masing alert dan beli barang apa yang nak beli sahaja

      Delete
  2. Perghh siap tulis nota ek, terbaekkk arrr...Sis ko ni nak masak, main masak je le mana kuar idea, hahahaha janji masak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena kak tulis untuk orang yang masak tak berapa nak reti ni. untuk elakkan pembaziran. alah akak tu pro dah masak

      Delete
  3. Fuh! Siap ada list menu masakan. Hebatlah sis. Cx tak rajin hahaha. Masak je apa yg terlintas.tapi senang gak bila buat mcm ni kan. Takya da nak pening² lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang la cikit mcm ni cx. untuk tidak berlakunya pembaziran. kita kan kena beli berjimat cermat

      Delete
  4. Tempat saya dibagi tempoh untuk berbelanja . Rindunya nak belanja macam dulu ..

    The Little Yana

    ReplyDelete
  5. siap buat schedule nak masak apa. bagus juga merancang, at least tak adalah pening nak masak apa esok harinya. Huda kekadang sampai tanya satu rumah nak masak apa, sebab keadang blur juga walaupun kita masak bergilir dengan mak, ehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnya dapat merasa masakan mak. ni mommy nak kena tunggu habis tempoh pkp baru boleh balik kampung

      Delete
  6. Senang isteri nak masak dah ada list tapi yang teruk suami lah nak keluar beli barang tak tahu apa barang nak cari wakakakaka moga kita dapat melalui semua PKP ni dengan tenang dan terus berlalu segala penyakit ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa ni la suami nak tunjuk hero. jangan gentar. setakat beli barang dapur je pun. eheheee

      Delete
  7. wahh siap tulis dalam buku..comel gila..macam mak iena tau..
    Bila ada list ni lagi senang sebenarnya..tp mcm iena sebab kene work from home iena mmg masak mana yg sempat je..kadang tak sempat masak sb kerja banyak giler..boss ni bila work from home..dia lg bg bnyk kerja T_______T

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian nya dekat iena. tak pe tak pe, eina wfm mak la ya masak. sambil kerja sambil makam. ha dah check belum berat badan ada naik ke tidak

      Delete
  8. aida buat kat a4 paper, tempek kat peti ais.
    hilang idea dah sehari ke sehari.
    today, asben dah inform, berjimat cermat. jgn masak byk2 dah.
    dia suruh masak 1 lauk je. tak tau kan keadaan ni sampai bila :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kita kena berjimt cermat sekarang ni. tapi kalau masak 1 lauk ada sayurnya sekali boleh la. macam masa asam pedas, letak sayur bendi. habis cerita awak

      Delete
  9. As a housewife, mesti banyak benda kan nak fikir especially nak mengisi perut anak2 dan suami. Semoga dipermudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. kita pulak yang kelam kabutnya bila suami kerja dirumah. sebelum ni sarapan pagi tak ada lah masak sangat pun. ni ada dia, jenuhhhh nak masak. hahah dosa tak ni

      Delete
  10. senang bila dah siap senarai ni..takyah pusing kepala ye..Sekarang macam-macam menu orang share..tu yang best tu.kadang kita boleh tiru

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu awak. ambik je resepi yang senang dan simple. janji makan kenyang

      Delete
  11. bagi mommy kena buat. supaya orang macam mommy ni tak pandai sangat memasak, kerja di dapur boleh jadi senang. lagipun semenjak PKP ni mulut nak mengunyahhh je

    ReplyDelete
  12. Wahh, mummy. Details. Siap 14 hari menu. Bagus betul. Bila dah jadual lagu ni, tak pening dah nak fikir masak apa ya.

    ReplyDelete
  13. Memang pening pikir menu. Macam kita suami masuk jam 8pagi. Dia tentera, so kena kerja macam biasa. Selamat tang menu pagi. Hihi..
    Kalau tak, buntu jugak la.

    ReplyDelete
Post a Comment