Bufet Ramadan Juadah Tradisi Johor Ibis Style Johor Bahru | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Apakatamommydotcom.
Kali ini Leya pergi Review Bufet Juadah Tradisi Johor di Ibis Style Johor Iskandar Puteri. Ibis Styles Johor Iskandar Puteri Hotel Johor Bahru ialah sebuah hotel
3 bintang yang terletak kira-kira 2.9 km dari Surau Nur Taufik, atau senang cerita di Kawasan Perindustrian SiLC. Nanti Leya kongsikan alamat penuh ok.
Bufet Ramadan Juadah Tradisi Johor
Leya berbual dengan Chef Azhar dan mengetahui bahawa setiap hari menu utama akan diubah-ubah. Ini bermakna hari ini akan ada Briyani dan Asam Pedas yang berlainan, dan besok akan ada menu yang berbeza pula. Tidak akan ada menu yang sama.
Leya sangat suka dengan Briyani Udang Merah yang mempunyai udang yang sangat besar dan rempah yang sangat kaya. Selain dari Briyani Udang Merah, terdapat 6 jenis Briyani yang lain yang berbeza-beza seperti Briyani
Udang Merah dan Briyani Gam-Chicken. Asam pedas pula ada Asam Pedas
Dading Daun Kesum, Asam Pedas Ayam dengan Sayur Masin, Asam Pedas Ikan
Daun Kari ada juga Sotong Masak Hitam. Korang boleh makan dengan Nasi Putih, Dalca Sayur dan jangan lupa Sup Daging Berempah. Ada juga Mee Rebus dan Laksa Johor.
Macam biasa kek, kuih-muih, salad semestinya ada. Tetapi korang jangan lupa ambil rasa otak-otak dan pepes.
Macam biasa, Leya masukkan semua gambar dalam album di Facebook untuk memudahkan korang melihatnya.
Korang nak tahu, haritu Leya dan Nayla pergi ke Bufet Ramadan Juadah Tradisi Johor di Ibis Johor Bahru. Nayla suka makan kek dan makanan yang masam. Korang tengok gambar kek ni. Anak Leya paling suka makan kek lemon tu.
Korang dah puas ke tengok gambar-gambar dalam album facebook tu, ok ini leya kongsikan harga ye.
Tradisi Johor, 8 Jenis Briyani & 6 Jenis Asam Pedas
Ibis Style Johor Iskandar Puteri
25 Mac - 19 April 2023
6.00 pm - 10.00 pm
Promosi Early Bird ( sehingga 24 Mac 2023 )
Rm60+
Harga Biasa
RM70+ per Dewasa
RM35+ per Kekanak (6-12 tahun)
Untuk tempahan dan pertanyaan:
+6012 605 3350
HAO9@accor.com
Untuk tempahan Group/Company
+6016 221 1428 ( David ) | +6010 321 7958 ( Liana )
HAOK9-SL@accor.com | Liana.OTHMAN@accor.com
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.