Air Fryer Resepi : Burn Cheesecake With Ambrosial Strawberry Greek Style Flavoured Yoghurt

19
Air Fryer Resepi : Burn Cheesecake With Ambrosial Strawberry Greek Style Flavoured Yoghurt | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog apakatamommy. Mommy sangat teruja nak kongsikan resepi dengan korang semua pagi ni. 

Kenapa Teruja?

Mommy teruja sebab mommy buat Burn Cheesecake letak Ambrosial Strawberry Greek Style Flavoured Yoghurt. Suami mommy puji, anak makan habis 1 slide. Oh sebabnya tentulah Ambrosial Strawberry



Apakah Ambrosial.

Sedikit maklumat yang mommy nak beritahu pasal ambrosial ini.
  • Nama English : AMBROSIAL
  • Nama Chinese : 安慕希
  • Jenis Yoghurt : Greek Yoghurt
  • Cara Penyimpanan : Boleh disimpan pada suhu bilik atau minum sejuk lagi sedap.
  • Pengedar di Malaysia : Foodict Maker Sdn Bhd
  • Duta : Dilraba Dilmurat ( Chinese Actress) 迪麗熱巴
  • Semestinya Disahkan Halal. 


Okey jom kita ke resepi Burn cheesecake. Burn cheesecake kali ini istimewa sebab mommy gunakan Ambrosial Strawberry Greek Style Flavoured Yoghurt.


Resepi Burn Cheesecake With Ambrosial Strawberry Greek Style Flavoured Yoghurt


  • Sediakan acuan kek bulat 6 inci.
  1. Ambrosial Strawberry Greek Style Flavoured Yoghurt 205g
  2. Cream Cheese 250g
  3. Gula Kastor 2-3 Sudu Besar
  4. Telur Gred B 2 Biji
  5. Esen Vanila 1 Sudu Kecil
  6. Tepung Gandum 2 Sudu Besar
  7. Air Perahan Lemon 1 Sudu Besar

Cara-Cara

  1. Masukkan Cream Cheese, Esen Vanila dan Ambrosial Strawberry Greek Style Flavoured Yoghurt dan masukkan sebiji telur terlebih dahulu ke dalam blender dan blend. Kemudian baru masukkan sekali lagi telur dan di blend.
  2. Masukkan gula kastor dan blend lagi.
  3. Kemudian masukkan tepung gandum dan air perahan lemon . Terus blend lagi.
  4. Letak baking paper dalam acuan kek. Kalau tak ada, sapukan majerin disetiap acuan kek. Tuangkan adunan ke dalam acuan kek.
  5. Panaskan terlebih dahulu air fryer dengan suhu 180°C selama 5 minit.
  6. Bakar dengan suhu 160°C selamat 30 minit. Kemudian suhu 180°C selamat 15 minit untuk dapatkan burn yang cantik di atas kek dan sekelilingnya.
  7. Bila sudah siap. Biarkan kek di dalam air fryer dalam 15 minit.
  8. Keluarkan kek dari air fryer dan alihkan ke pinggan dengan keluarkan kek dari baking paper. Sejukkan semalam atau 3-4 jam dan boleh dimakan.

Burn Cheesecake With Ambrosial Strawberry Greek Style Flavoured Yoghurt By Apakata Mommy.



Sarapan Mommy Pagi Ini.

Sarapan dengan Burn Cheesecake With Ambrosial Strawberry Greek Style Flavoured Yoghurt dan minum Ambrosial Original


Breakfast : The three most important meals of the day.

#ambrosialover 

Korang jom jadi #ambrosialover. Korang boleh layari Like and Follow Ambrosial FANS CLUB Facebook dan ambrosial-yili Youtube.


Post a Comment

19Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Tengok gambar pun dah rasa sedap. Terliur tp tak pandai nak buat. Nanti nak cuba resepi ni pula, kotnye helok kejadian 😊.

    ReplyDelete
  2. oh, guna yogurt.
    lebih kurang resepi aida.
    tapi guna whipping cream.
    once jer pun aida pernah buat bcc ni.
    best kan dpt buat sendiri :)

    ReplyDelete
  3. Betullah orang kata, nak buat kek ni banyak gak modalnya kan..tapi puashati bila dah menjadi..geramm plak nengok...nak cuba nanti tunggu anak balik..

    ReplyDelete
  4. amboi pg2 sarapan cheesecake...musim PKP ramai juga dok buat cheesecake ni..tk try lagi

    ReplyDelete
  5. Cantik kejadiannya guna airfryer ye. Kalau tak, kena masuk masak apa tak jadi hari ni ye hahaha

    ReplyDelete
  6. Yogurt buah tu nampak sedap la. Tetiba nak minum pulak air yogurt. Hehe. Brand baru ye?. Time PKP ni kita jadi rajin pulak nak explore masakan untuk family kita.

    ReplyDelete
  7. OMG! Burnt Cheesecake! This is something I wanted to do for a very long time! Since my birthday is coming soon! I am so going to do this!

    ReplyDelete
  8. menawan betul rupa cheese cake ni. bila lah nak try resepi ni. viral betul sekarang

    ReplyDelete
  9. Woww firstime nampak produk ni. .menjadi la hasilnya. .kita suka burn cheesecake ni.. Sedap. Boleh dh buat sendiri lepa sni. Tak sush mana kan.. Guna air fryer sennag

    ReplyDelete
  10. Sedapnya! Nanti nak try laa buat guna air fryer. Macam mudah je resepinya.

    ReplyDelete
  11. Wah menarik. Ada Bella tgk kat grup Masak Apa Tak Jadi Harinini ramai yg tak jadi. Tambah pula guna air fryer. So i should follow ur recipe then. Thanks.

    ReplyDelete
  12. wahhhh nampak cantik dan menjadi je cheesecake tu. peh nampak sedap ni, hahaha. malam malam tegok lapo

    ReplyDelete
  13. wah jadi cantik ya! pernah juga rasa sebelum ni, tapi nak buatnya tak reti pulak. tapi lepas baca ni , bolehlah try.

    ReplyDelete
  14. Sedapnya. Molek kejadian burnt cheesecake tuh. Teringin bak buat tapi bahan tak ada. Esok akan usahakan buat burnt cheesecake ni. Terliur dah ni.

    ReplyDelete
  15. Wow burnt cheesecake pakai air fryer juga yek. Yg ni pakai Yogurt pun jadi.. Hmmm terliur tgk kek tu..

    ReplyDelete
  16. Sis hr tu dah cuba buat. Jadi tapi tak lah secantik dalam gambar ni. Rasanya nak kena selalu buat kot..:)

    ReplyDelete
  17. oo yogurt dia sedap ke? nanti boleh cuba. selalu gak nampak brand ni

    ReplyDelete
  18. Cantik kejadiannya.. mesti sedap tu, tapi saya tak de air fryer lagi baru ura-ura nak beli he he he

    ReplyDelete
  19. Wahhh resepi waktu pkp inilah yang paling viral. Basque Burned Cheesecake. Saya pernah makan one slice pun dah cukup. Nanti nak buat. cuma saya tak larat nak beratur panjang kat pasaraya tu. panjang betul beraturnya.

    ReplyDelete
Post a Comment