Selamat Hari Bapa

14
Selamat Hari Bapa | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog apakatamommy. Mommy nak ucapkan Selamat Hari Bapa, kepada semua bapa yang membaca blog mommy ini dan juga bakal menjadi bapa dalam masa terdekat.

Alhamdulillah rasa bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mommy masih mempunyai bapa di dunia ini lagi. Mommy pun masih mempunyai bapa mentua lagi.

Bapa yang paling istimewa sudah semestinya jatuh kepada suami mommy. Selamat Hari Bapa suamiku, sayang dan Nayla tak sempat hendak belikan hadiah untuk tahun ini. Almaklumlah sekarang ni di Fasa PKPP. Agak susah sedikit untuk mommy keluar mencari hadiah dengan si kecil Nayla berdua.

Kebetulan hari ini suami mommy ajak keluar ke Jusco Tebrau City, berjalan katanya bawak isteri dan anak keluar. Dah lama tak bawak berjalan. Takut pun ada juga, tetapi kita fikir yang baik sahaja. Ikut segala arahan dan jaga family kita. So sempat la mommy belikan kek itupun guna duit suami. Kahkahkah. Suami mommy memang lebih suka beli kek ice cream dari beli kek biasa ni. Sebab nya beli kek ice cream ni cepat habis. Kek ice cream yang paling senang cari, ice cream Baskin Robbins la. Disebabkan anak sedara mommy hari lahirnya jatuh hari ini juga, 21 June makanya mommy bila sekali kek secret recipe untuk dia.


Beli kek ice cream yang paling besar. Rm 205 jugak sebijik kek ice cream ni. Janji sedap, niat nak menjamu orang makan apalah sangat harga jika dibandingkan dengan kegembiraan orang yang memakannya. Budak yang hari lahir yang pegang pisau potong kek tu.


Bukan setakat kek rupanya yang dijamukan, siap ada BBQ pulak dah bila datang ke rumah mentua. Tengok tu, niat beli kek je sekali orang jamu kita makan lagi handal. Rezeki.



Berbalik kepada Selamat Hari Bapa, mommy dah wish dah dekat abah mommy melalui panggilan telefon dan kepada suami dan bapa mentua dah wish sambil makan tadi.

Sekarang ni mommy nak abadikan ucapan Selamat Hari Bapa dalam blog apakatamommy.


Pengorbanan seorang bapa ini sangat besar. Bapa seorang jejaka yang berhempas pulas mencari rezeki demi membesarkan kita.

Abahku,
Tiada kata-kata atau ucapan yang dapat dilafazkan betapa bersyukurnya kakak kerana Allah SWT takdirkan kakak menjadi anak kepada abah. Tiada hadiah yang berharga ataupun gah yang dapat kakak berikan setiap tahun kepada abah. Tetapi percayalah abah, setiap saat setiap masa kakak hadiahkan DOA buatmu abah.



اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدِيْنَا وَارْحَمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا صِغَارًا
Maksudnya: “Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa keDua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku sejak kecil.”

Bapa mentuaku,
Terima kasih abah. Terima kasih kerana selama ini abah telah bekerja keras walaupun dalam kesusahan mencari rezeki untuk anak-anak abah yang ramai. Walaupun abah tidak dapat meluangkan masa dengan anak-anak abah (bapa mentua selalu cerita susah dia dulu-dulu),tetapi abah telah berjaya mendidik anak abah iaitu suami Leya, menjadi anak yang berguna dan berjaya .

Alhamdulillah abah, Shukor seorang suami dan abah yang bertanggungjawab dan terbaik untuk Leya dan Nayla.


Suamiku yang terchentoooo,
Bie, saya masih nampak dengan jelas raut wajah sayang bila saya buat kejutan yang kata saya pregnant. Raut wajah yang terkejut dan blur bila saya tunjukan gambar scan. Tak sampai 5 saat bie tanya saya semula. Betul ke ni? Bila saya angguk bie terus menangis.

Tak lama pun kita tunggu zuriat hadir dalam kehidupan kita, tidak seperti pasangan yang lain sampai bertahun lamanya. Tetapi saya tahu, kita berdua mengharapkan secepat mungkin untuk mendapat zuriat. Kita menunggu hampir 2 tahun barulah Allah SWT kurniakan zuriat kepada kita, Dan akhirnya tahun ke-3, lahirlah Nurnayla Zulaikha menjadi penyeri dalam keluarga kita yang kecil ini.

Bie telah menunjukkan kepada saya dan Nayla, betapa bekerja kerasnya bie untuk menjadi abah yang terbaik untuk anak kita. Orang pernah kata, ada anak perempuan ni tanggungjawabnya lain. Jaga anak perempuan ni susah nya.

Bie jangan risau, bie selayaknya menjadi abah kepada anak saya. Melindungi mereka dan mengajar mereka menjadi orang yang berguna. Terima kasih bie. Kita sama-sama mendidik Nayla dan anak yang akan datang . Insyaallah, kita usaha lagi untuk anak yang akan datang ye.


Selamat Hari Bapa. Keluar berjalan, mommy pulak yang dapat hadiah. hahaha

Post a Comment

14Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Selamat Hari Bapa.. moga semua lelaki yg berjasa dalam hidup mommy sayang selalu mommy ,terus jadi kekuatan didunia dan diakagirat kelak..baca entry ni.. teruja campur lapar..hehe😂🤭 maafinn yah..

    ReplyDelete
  2. meriahnya sambutan hari bapa mommy... selamat hari bapa utk semua bapa2 di dunia nie..

    ReplyDelete
  3. Meriahnyaaa...kenangan ni Leya..
    Bukan senang nak kumpul meraikan sana-sama kan...
    Selamat hari bapa buat semua/.

    ReplyDelete
  4. Masing2 mempunyai kenangan terindah bersama bapa... dan bila bapa dah tiada itulah kenangan abadi yang kita simpan hgga akhir hayat.

    ReplyDelete
  5. Jasa dan pengorbanan yang diberikan oleh ayah memang tiada tandingan . Cumanya pendekatan seorang ayah berbeza, dari segi cara tu memang sukar untuk nampak tapi dirasai oleh seorang anak

    ReplyDelete
  6. Happy Father’s to all fathers. Hope everyone had a good celebration yesterday. Take care.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, kami pun dapat meraikan Hari Bapa yang simple semalam... anak-anak prepare kad dan hiasan untuk ayahnya... kebetulan timing tu cun pulak tu, sama dengan timing untuk saya balik rumah dari outstation, kira double celebration la jugak... hehehehe...

    ReplyDelete
  8. Selamat hati bapa kepada semua bapa2 diluar sana. Sis ni ayah dah tak ada, suami pun elek..anak2 lom khawin..so sis le ibu dn bapa.

    ReplyDelete
  9. Meriah sangat ni. Siap babrque ssmua.. Selamat hari bapa

    ReplyDelete
  10. Seronoknya diorsng ada makan2 besar macam ni siap bbq lagi. Bestkan kumpul ramai2. Selamat hari bapa kpd semua bapa2 di luar sana.

    ReplyDelete
  11. Seronok gather ramai ramai buat bbq. Marina haritu gather kat rumah ayah buat makan2 jugak ngan adik beradik

    ReplyDelete
  12. Lamanya tak buat bakar-bakar.

    ReplyDelete
  13. Best dapat celebrate hari bapa .. makan ramai2.. byw bbq nampak sedap giler

    ReplyDelete
  14. wah meriahnya sambutan hari bapa. saya tak dapat nk sambut hari bapa & sebagainya sebab jauh dri kg. sekadar ucapan sahaja.

    ReplyDelete
Post a Comment