24 June 2020 Bermula Persekolahan Untuk Pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 di Fasa PKPP | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog apakatamommy. Diam tak diam sekejapan je hari ini pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 memulakan persekolahan mereka ketika negara kita masih berjuang untuk manghampuskan wabak Covid19.
10 June 2020 yang lepas, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahwa sekolah akan dibuka kembali pada Rabu 24 June 2020. Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, pelajar yang bakal memasuki kelas itu ialah mereka yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan antarabangsa yang setara.
Hari ini mommy cubalah buka Twitter mana tahu ada gambar viral hantar anak kesekolah, masih awal pagi lagi agaknya. Nonnn Hadooo korang . Meluat mommy yang trendingnya artis korea.
Dah gambar tak ada, tak apa mommy kongsikan Infografik dari website infosihat.
1. Langkah Pencegahan Covid-19 di Sekolah
Pandai sungguh pereka design grafik ni. Daripada perkatan SEKOLAH tu, dihuraikan jadi seperti infografik di atas. Boleh masuk soalan SPM ni. hahaha
2. Saranan Kepada Warga Sekolah
Bukan murid sahaja yang perlu mengambil langkah berjaga, warga sekolah juga wajib mengambil langkah berjaga dan pantau pelajar.
3. Saranan Kepada Pengusaha Kantin
Pengusaha kantin yang paling penting sekali dalam mengambil langkah berjaga-jaga kerananya kantin tempat dimana pelajar dan guru makan. Pengusaha kantin mesti memastikan pekerja bersih, meja kerusi pinggan cawan semua dalam keadaan yang bersih. Dan tentu sekali persekitaran kantin WAJIB bersih.
4. Saranan Kepada Ibu Bapa
Sudah tentunya kita ibu bapa risau bagaimana keadaan anak ketika di sekolah. Jangan risau, semua orang di dalam sekolah telah memainkan peranan masing-masing, kini kita sebagai ibu bapa juga perlulah memainkan peranan yang penting dengan bekerjasama dengan pihak sekolah.
Mommy memang tak ada anak yang bersekolah di sekolah menengah dan pengajian tinggi, tetapi mommy nak Malaysia kosong dari wabak Covid-19 ini dengan cepat. Kita saling jaga kita okey pembaca blog apakatamommy.
Masih membayangkan bagaimanalaa persekolahan norma baharu kann nanti...kalau jenis yang fobia dan seriau, mau tak pi sekolah gamaknya... harao semuanya berjalan dengan baik..
ReplyDeletealhamdulillah, budak2 da boleh masuk sekolah secara berperingkat..yang amek exam besar memang kena masuk dulu..moga2 Allah jaga anak2 kita...
ReplyDeleteHarap anak2 yang dah mula bersekolah harini dilindungi sentiasa. Titik berat pasal kebersihan. Ibu bapa juga perlu mainkan peranan ☺️
ReplyDeleteHarap kita semua sabar dengan kehidupan new norma ni.
Done follow sini #9
Nak hantar anak ke sekolah pon buat masa sekarang rasa takut2 jer lagi. Selagi benda ni tak habis selagi tu laa kan rasa bimbang mak mak ni akan terus ada.. Moga pasni COVID19 terus lenyapp..
ReplyDeleteadoiii dah takde perhimpunan dah. Dalam kelas dah tak boleh meniru dah haha nak tidur pun senang je kantoi
ReplyDeleteALhamdulillah, dah dibuka, rasanya ramai student dan cikgu yang tak sabar nak bersekolah. Semoga penjarakan sosial dan sebagainya sentiasa dijaga :)
ReplyDeleteHarap semua baik2 sahaja.. Semua baru ambil langkah berjaga-jaga semoga rantaian COVID-19 ni dapat diputuskan
ReplyDeletenorma baru utk ank2 sek menengah form 5 & form 6 yg dh start ke sekolah arini..smoga mereka dpt mengikut SOP yg ditetapkan
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan untuk adik2 kita semua yang baru je start sekolah selepas 3/4 bulan cuti akibat pandemik covid19
ReplyDeleteyanmie
http://www.yanmieonline.com
Sekolah dah nak buka ni. As a mom, sisyat berdoa moga anak2 kita semua terpelihara dari covid19 ni wpun dah mula sekolah.
ReplyDeleteLagipun SOP dah ada. Cuma kena didik anak2 dari rumah dulu utk cuba ikut SOP.
Semoga kita semua dilindungi. Yang penting amalkan penjarakan sosial. Ibu bapa kena selalu berpesan pada anak-anak yang ke sekolah.
ReplyDeleteAnak ana next week start sekolah. Tp sebab sehari hanya 5 org saja dibenarkan, so Ana bg keutamaan pada parents yg bekerja je.
ReplyDeleteSemua orang perlu bekerjasama dalam menangani penularan COVID-19 ni barulah ok.
ReplyDeletetengok laporan media semalam, macam semua in control. tahniah sekolah2 dan cikgu2
ReplyDeletekesian dengan pelajar tingkatan 5 kena biasakan diri dengan norma persekolahan yang baru harap-harap semuanya baik sahaja
ReplyDeletealhamdulillah.. dah buka pun sekolah.. hee~ tapi banyak benda kita kena timbang tolak lagi2 perihal kesihatan anak2.. semoga semua baik baik saja dan dipermudahkan..
ReplyDeleteMoga semuanya kembali pulih seperti biasa. Kehadiran murid ting 5 ke sekolah satu permulaan baru
ReplyDeleteKita doakan yang terbaik buat anak-anak yang dah memulakan persekolahan ini. Risau memang risau tapi kita kena belajar untuk jalani hidup normal baharu ini
ReplyDeletee, mari support dan patuhi norma baharu.... yang dah besor ni, mayb bolehla ikut walaupun sikit sikit... yang budak kecik tu, x dpt agak la leh ikut ker tak, penjarakan sosial..
ReplyDeleteApa pun, smeoga berjaya student semua dan moga selamat hendaknyaaa. AMIN