10 Gambar Corak Board dan Batten, Accent Wall Atau Feature Wall Viral Semasa PKP di Malaysia 2020 | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog apakatamommy.
Geram je mommy duduk dalam group Facebook Kelab Deko Sebelum dan Selepas. Geram dengan corak board dan batten untuk feature wall ahli-ahli dalam group tu. Banyak pulak idea dan mereka sungguh kreatif. Ahli dalam group tu saling bantu-membantu dengan berkongsi tips, dan menjawab setiap persoalan yang ditanyakan.
Korang tahu tak apa tu Accent Wall Atau Feature Wall?
Accent Wall atau Feature Wall adalah dinding yang menjadi tumpuan atau sebagai titik pusat utama tidak kiralah di ruang tamu ataupun di dalam bilik. Kebanyakkan hanya menggunakan hiasan dinding (wallpaper) ataupun cat berlainan warna dan menggunakan cat yang terang.Selepas hiasan dinding (wallpaper) dan cat orang ramai beralih arah ke wainscoting pulak. Wainscoting ni tak silap mommy pernah viral jugak sekitar 3 tahun lepas sebab artis ramai yang tunjuk rumah mereka buat wainscoting ni.
Ada yang buat separuh dinding dan ada jugak yang buat penuh dinding wainscoting ini. Boleh search google je pasal wainscoting ni, nanti akan keluar semuanya.
Tapi wainscoting ni modal terlebih pulak korang. Sebabnya nak buat wainscoting ni macam-macam jenis panel kayu kena beli. Wood trim, wood panel, molding lah macam-macam la. Corak untuk wainscoting pulak standard sahaja untuk keseluruh dinding ruang tamu .
Sekarang ini kita lupakan wainscoting yang popular 3 tahun lepas. Kita nak buat wainscoting modern untuk tahun 2020.
Board dan Batten
Sama sahaja macam wainscoting, tetapi kita ubah jadi lebih modern. Cari satu dinding yang nak di jadikan tumpuan, dan kita buat corak yang modern di dinding itu mengunakan panel kayu.Proper corak korang boleh tengok dekat < SINI >
10 Gambar Corak Board dan Batten
Nor Fairuz Mohd Mokhtar
Rozi Fumi
Rose Aida Hashim
Adam Asyraf
Mira Syafeera Milhani
Azrif Tedip
Diyana Mahmud
Ulwiyah Heidi Mohamad Afif
Noor Afidatul
Ika Abdul Wahid
Mommy kasi extra corak board dan batten dekat pintu pun boleh buat. Cantik kan korang.
Shahril Bern
Banyak lagi sebenarnya mommy nak cerita dan kongsikan corak--corak Board dan Batten ni. Tak apa. Next entry mommy akan tunjuk bahan yang digunakan dan cara-cara buat okey.
Stay Tuned korang
Cantiknya yang biru kat sudut tu.
ReplyDeleteKalau Sis tak berapa gemar plak deko gitu, sebab macam senang habuk nak menyelinap hahahaha...aishh ikut memasing kann...
ReplyDeleteMana logo JDT haa? Hahahaha
lawa2nya, un nak buat masih tak terrcapai lagi..otw tu berbuln hahahah
ReplyDeletecantik kan feature wall ni.. tp tu lah kdg kejap je..nt naik pula patern lain hehehe
ReplyDeleteMemang lawa tengoknya.. Jimat kalau pandai buat sendiri.. Sekarang ramai deko buat wainscoating ni.. Tapi kita suka corak cat2 je..
ReplyDeleteBoard dan Batten nama dia.. kalau rumah sendiri mmg nak buat mcm nie.. cantik npk mewah
ReplyDeleteCantiknye. Nampak mewah
ReplyDelete