RM250 Bilion untuk Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE) PRIHATIN. | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog apakatamommy. Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) PRIHATIN telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020 berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada anda semua.
Kalau ada sebarang pertanyaan boleh email mommy nurulaleya.blog@gmail.com atau pun boleh direct message dekat Fans Page facebook mommy ByAleya - apakatamommy; Blog Readers. Di sini mommy akan cuba sebaik mungkin untuk ringkaskan intipati kandungan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) PRIHATIN.
Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) PRIHATIN di bahagikan kepada 3 bahagian;
- Melindungi Kebajikan Rakyat [128 Bilion]
- Menyokong Perniagaan [100 Bilion]
- Memperkukuh Ekonomi [2 Bilion]
Fokus Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) PRIHATIN
Bantuan Bantuan Prihatin Nasional
- Bantuan sebanyak RM1,600 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 ke bawah
- Bantuan sebanyak RM1,000 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan
- Bantuan sebanyak RM800 kepada individu bujang 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah
- Bantuan sebanyak RM500 kepada individu bujang 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan RM2,001 dan ke RM4,000
Bantuan Sara Hidup
- Baki bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) akan dibayar pada bulan Julai 2020
Bantuan Pelajar IPT
- Bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang yang akan dibayar pada bulan Mei 2020 kepada pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik, IPTA dan IPTS.
Bantuan Penjawat Awam
- Bantuan tunai sebanyak RM500 secara one-off kepada lebih 1.5 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak. Bayaran akan dibuat pada bulan April 2020
Elaun Khas Kakitangan Perubatan COVID-19
- Elaun khas yang diterima dinaikkan daripada RM400 kepada RM600 sebulan mulai 1 April 2020 sehingga wabak ini berakhir
Elaun Khas Kakitangan
- Perintah Kawalan Pergerakan elaun khas sebanyak RM200 sebulan kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta anggota RELA dibayar mulai 1 April 2020 sehingga wabak COVID-19 berakhir
Bantuan Pesara Kerajaan
- Pesara kerajaan akan menerima sebanyak RM500 pada April 2020 Sila Klik LinkJadual Tarikh Pembayaran Pencen 2020
Bantuan Pemandu E-Hailing
- Bantuan secara one-off sebanyak RM500 kepada 120,000 pemandu e-hailing
Penangguhan Sewa PPR (KPKT Dan DBKL)
- Pengecualian pembayaran sewa bagi PPR daripada sebulan yang diumumkan sebelum ini kepada enam bulan
- Penangguhan pembayaran bulanan diberikan selama enam bulan bagi pembayaran balik pembiayaan bermula bulan April hingga September 2020
Diskaun Bil Elektrik (Isi Rumah)
- Diskaun sebanyak 2% akan berkuatkuasa bagi tempoh enam bulan mulai bil bulan April 2020
- Penangguhan pembayaran bulanan diberikan selama enam bulan bagi pembayaran balik pembiayaan bermula bulan April hingga September 2020
Pakej Khas Telco (Telekomunikasi Dan Multimedia)
- Internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta bermula 1 April 2020 sehingga tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Keselamatan tamat
Program Subsidi Upah
- Kerajaan akan menyediakan upah sebanyak RM600 sebulan bagi setiap pekerja untuk tempoh tiga bulan. Program ini dikhususkan kepada pekerja yang berpendapatan di bawah RM4,000 dan majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50% sejak 1 Januari 2020
- Majikan mesti memastikan mereka tidak membuang pekerja atau mengarahkan mereka mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh tiga bulan selepas program ini dilaksanakan. Selain itu, majikan juga tidak dibenarkan memotong gaji sedia ada perkerja
Penangguhan Bayaran Pinjaman PTPK
- Penangguhan bayaran balik pinjaman selama 6 bulan kepada peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran mulai 1 April 2020 hingga 30 September 2020
Manfaat MySalam
- Pesakit boleh menuntut bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari. Manfaat ini juga akan diberikan kepada golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI)
Insurans / Takaful : Penagguhan Bayaran Premium atau Sumbangan
- Penangguhan bayaran untuk tiga bulan bagi pencarum yang sumber pendapatan mereka terjejas akibat wabak ini
Alhamdulillah, rezeki Allah salurkan melalui government Malaysia untuk rakyat lapisan masyarakat.
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah. Menunjukkan perdana menteri prihatin dengna nasib rakyatnya terkesan akibat Covid-19 ini. Dan berdoa semoga virus ini terus lenyap dari muka bumi sebelum Ramadan.
ReplyDeleteUsha juga Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) PRIHATIN yang dibentangkan.. Kot2 ada kateria yang kita layak untuk nikmati..
ReplyDeleteAlhamdulillah dalam wabak yang melanda ni.. Kerajaan prihatin dengan rakyat, dapat sedikit sumbangan bolehla meringankan beban belanja waktu tiada pendapatan ni..
ReplyDeleteMudah2an Allah hapuskan covid19 ni kembali naik ekonomi Malaysia. Mudah2an segala urusan dipermudahkan
ReplyDeleteBagus pelan ni dapatlah bantu kita-kita ni yang memerlukan bantuan sebegini. Harap semua pulih seperti sediakala. Aminn.
ReplyDeleteAlhamdulillah beruntung siapa yang dapat bantuan ni, sekurangnya kurang sikit beban time2 berkurung dirumah tak ada kerja. Sis tak tahulah layak part yang mana
ReplyDeletealhamdulillah dapatlah bantu golngan sasaran yang memerlukan. semoga dipermudahkan urusan semua
ReplyDeleteAlhamdulilah, dari semalam pun ramai dah bukak website nak semak dan mohon, tak memang tangan web mereka nak melayan kann..
ReplyDeleteMoga ianya memberi sedikit keselesaan bagi mereka yanmg memerlukan..
alhamdulillah.
ReplyDeleteaida no complaints against those details :)
bersyukur. ada tempias nyer juga pada aida.
yg penting, keseluruhan rakyat dpt manfaat.
mungkin berbeza amaun, impak dan situasi.
tapi, semua dpt la kan :)
Alhamdulilah dan syukur di atas bantuan yang diberikan ini. Semua mendapat bahagian masing-masing. Bagi yang tak bersyukur tu, mohon pindah negara. Hehe
ReplyDeleteSecara jujur rasanya inilah kali pertama kerajaan kita betul2 prihatin sehingga tiada golongan yang ketinggalan. Apa pun moga ekonomi kita bertambah baik & kita dapat hidup dalam keadaan sejahtera
ReplyDeletemoga dengan ada bantuan seperti ini..dapat membantu mereka yang benar2 memerlukan
ReplyDeleteAlhamdulillah ade juga bantuan kerajaan bagi.. Syukur sangatkan..hahah tapi iena tak dapat pun T______T
ReplyDelete