Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua yang baca blog apakatamommy. Hari ini masuk hari ke 7 kita dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac 2020 dan berlanjutan sehingga 31 Mac 2020.
Mommy nak kongsi dengan korang info sikit berkenaan bantuan dan insentif yang diambil oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu meringankan beban rakyat malaysia ketika ini .
1. Diskaun bil elektrik selama 6 bulan bermula 1 April akan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan.
Kerajaan akan menanggung kos pemberian diskaun bil elektrik sebanyak RM662 juta, kata Menteri Tenaga dan Sumber Manusia, [Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah]
2. Kerajaan benarkan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama 3 bulan.
Penangguhan dijangka membantu seramai hampir 1.5 juta peminjam, melibatkan jumlah kutipan RM375 juta, kata Menteri Pengajian Tinggi, [Datuk Dr Noraini Ahmad]
3. MARA tangguh bayaran pinjaman pelajar dan perniagaan selama 3 bulan.
4. 500,000 penerima bantuan JKM terima bayaran Rabu ini.
5. Bantuan RM600 cuma untuk pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji.
6. Pengecualian yuran Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan dari Mac hingga Jun.
Diskaun khas penyewaan premis perniagaan Mara sebanyak 30% turut diberikan kepada semua usahawan yang beroperasi di semua premis Mara.
4. 500,000 penerima bantuan JKM terima bayaran Rabu ini.
Bantuan yang melibatkan kos sebanyak RM150 juta itu sepatutnya diberikan April ini, namun dipercepatkan 15 hari lebih awal daripada tarikh sepatutnya.
5. Bantuan RM600 cuma untuk pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji.
Pekerja yang berpendapatan RM4,000 atau kurang sebulan yang mengambil cuti tanpa gaji layak mendapat bantuan kewangan RM600 setiap bulan, untuk maksimum selama 6 bulan
6. Pengecualian yuran Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan dari Mac hingga Jun.
Menteri Perpaduan, [Datuk Halimah Mohamed Sadique], berkata ianya melibatkan 37,855 orang murid dan 972 orang kanak-kanak.
7. Percuma sewa premis perniagaan DBKL, diumumkan oleh Menteri Wilayah, [Tan Sri Annuar Musa]
8. Elaun khas RM400 sebulan akan diberikan kepada doktor dan petugas perubatan.
9. LHDN benarkan tangguh bayaran cukai.
Penangguhan itu adalah bagi pembayar cukai di bawah sektor pelancongan seperti agensi pelancongan, pengusaha hotel dan syarikat penerbangan.
10. CIMB, Affin Bank, Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat, Bank Mualamat, BSN, Agrobank beri penangguhan pembayaran pinjaman.
Bank akan menyediakan moratorium sehingga 6 bulan, penstrukturan dan penjadualan semula kemudahan pembiayaan ke atas pelanggan yang terlibat dalam gadai janji, sewa beli, kad kredit, pembiayaan pendidikan, pembiayaan Amanah Saham Nasional Bhd dan peribadi.
11. RM160 juta bajet tambahan disalurkan kepada 26 Hospital.
Ianya sebahagian daripada RM259 juta yang disalurkan untuk membantu Kementerian Kesihatan untuk pembelian ubat-ubatan, peralatan dan lain-lain, kata [Tan Sri Muhyiddin Yassin]
12. Bantuan dari Kerajaan Negeri, Pusat Zakat/Baitulmal Negeri menyusul.
Income Tahunan Kerajaan = RM280Billion+
Hutang Kerajaan = RM800Billion+
Rezab Kerajaan = RM2Trillion+
#StayAtHome #DudukRumah #KekalTenang
#StayAtHome #DudukRumah #KekalTenang
bersyukur sangat bila bank bagi moratorium untuk pinjaman peribadi tu...boleh la ringankan sikit beban pinjaman kereta sebab memang da hilang punca pendapatan da ni..huhu
ReplyDeletekereta xpasti la still jalan interest atau tidak. kalau loan biasa, asb xd bunga rasanya. tapi kalau rumah still ada bunga
Deletebantuan prihatin tu, aida sangkut 1. alhamdulillah.
ReplyDeleteboleh simpan buat belanja kecemasan akan dtg.
moga yg terkesan dgn PKP dan covid ni, dpt la gembira dgn bantuan k'jaan ni.
dpt la tarik nafas legaaaa skit, kan.
ramai yang terkesan dengan pkp ni. mana yang beringat tentu ada simpanan sikit-sikit. tapi biasalah ada je yang nak digunakan
DeleteBanyak bantuan 7 insentif diberikan oleh kerajaan sepanjang Covid-19 melanda negara ini.. Harap keadaan mula terkawal, dan kita semua mampu teruskan hidup selepas ini.
ReplyDeletebila keadaan sudah terkawal mari kita sama-sama bantu peniaga kecilan yang berdekatan dengan area rumah kita. insyaallah
Deletebetul tu. semoga rakyat malaysia gunakan sebaikk mungkin duit yang diberikan oleh kerajan, sebab bila pm cakap.. gunakan duit asal ada makanan atas meja.
ReplyDeleteGood information sharing. Thank you for sharing this information with us. Take care.
ReplyDeleteOh bukan semua bank ya utk penangguhan pinjaman. Bagus pakej ransangan dan insentif kerajaan utk bantu rakyat. Boleh mohon la start esok.
ReplyDeleteBagus inisiatif kerajaan untuk bantu rakyat. Untuk pinjaman bank ingatkan semua terlibat. Esok dah mula start mohonlah.
ReplyDeleteAlhamdulilah, dengan adanya bantuan sebegini, dapat juga meringankan beban mereka sepanjang PKP ni...nanti lagilah nak puasa dan raya kan..walaupun gaji mereka yang bekerja jalan, tapi bagi mereka yang meniaga sendiri lagi sangat terkesan...
ReplyDeletealhamdulillah syukurlah dulu, ada juga bantuan terutama untuk mereka yang memerlukan
ReplyDeleteBanyak juga ya inisiatif yg kerajaan lakukan sempena tangani masalah covid yg menimpa negara kita nie
ReplyDeleteAlhamdulillah. Bersyukur dengan inisiatif yang diberikan dari pihak kerajaan ni. Semoga selepas apa yang terjadi ini ekonomi negara akan pulih kembali :)
ReplyDeleteBagus lah time macam ni kena bantu rakyat baru lah negara boleh bangkit semula.
ReplyDelete