Nostalgia di Bazaar Bufet Ramadan Trove 2023

0

Nostalgia di Bazaar Bufet Ramadan Trove Johor Bahru 2023 | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Apakatamommydotcom. Kali ini Leya berkesempatan menghadiri sesi previu bufet Ramadan di The Trove Johor Bahru dengan tema Nostalgia Di Bazaar. Suasana seakan bazaar Ramadan, dengan deretan stall bazaar yang sangat panjang dan menyediakan pelbagai jenis menu disediakan sepanjang Restoran Lada & Clove. Malahan, terdapat lampu warna-warni yang menambah seri kepada suasana tersebut.

bufet ramadan trove 2023

 

200 Jenis Menu dari Executive Chef Mohd Firdaus

Di sini, korang berpeluang untuk mencuba lebih daripada 200 jenis menu hasil tangan Executive Chef Mohd Firdaus Bin Mat Yusof dan pasukannya di dapur. Antara hidangan yang harus korang cuba termasuklah Sup Tulang Merah, Laksa Johor, Ikan Goreng Tepung ICT, Udang Goreng Tepung ICT, Kambing Bakar, Kepak Ayam Bakar Madu, Gulai Kawah Kambing, Daging Salai Masak Lemak Cili Api dengan Rebung, Satay Ayam & Daging, aneka hidangan laut bakar, pelbagai hidangan warisan Melayu, hidangan Cina, Murtabak & Roti John, dan banyak lagi!

 

Korang MESTI makan Sup Tulang Merah. Terkejut mula-mula dia bagi mangkuk besar kemain.

 


3 Menu Utama : Nasi Kerabu, Nasi Dagang dan Pulut Kuning

Untuk makluman korang, terdapat tiga menu utama yang akan diganti setiap hari, jadi jika korang datang beberapa kali, korang boleh mencuba pelbagai menu yang berbeza. Selain dari Nasi Kerabu, mereka juga menyediakan Pulut Kuning dan Nasi Dagang. Pastikan korang call dulu sebelum datang. hehe


Hari tu menu utamanya adalah Nasi Kerabu. Leya makan last minit, ingatkan dah tak boleh makan lagi sebab dah kenyang. Nasib baik cuba, kalau tak teringat-ingat. Sedap gila




Barisan pencuci mulut di sini juga sangat meriah, jadi jangan lupa untuk mencuba Talam Cendol, Kuih Lapis, Talam Keladi, Kuih Sri Muka, Pulut Panggang, Kuih Keria, Karipap, Samosa, Mousse Cake, Pandan Layer Cake, Panna Cotta, Sago Gula Melaka dan Durian Goreng! Terdapat banyak pilihan untuk dipilih, Tengok je la dekat Facebook Page Nurul Aleya ( apakatamommy ) atau korang boleh tengok sini juga,



Nostalgia Di Bazaar

📍 Lada & Clove Restaurant, Level 8, Trove Hotel Johor Bahru
🗓️ 25 Mac - 18 April 2023
🕖 7.00 pm - 10.00 pm
 
💸 Harga Biasa
RM160 nett per Dewasa
RM108 nett per Kekanak (6-12 tahun) & Warga Emas (60 tahun ke atas)
 
Beli 10 PERCUMA 1
 
Untuk tempahan dan pertanyaan:
📱 +6017 881 8413 (Janet) | +6017 818 8404 (Linda) | +6012 881 8439 (Shafiqah) | +6012 881 8413 (Amri)

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Post a Comment (0)