Sajian Dapur Dari Ayahanda, Bufet Ramadan 2023 Fraser Place Puteri Harbour Johor | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Apakatamommydotcom.
Bufet Ramadan di Fraser Place Puteri Harbour, Johor Bahru pastinya menjadi pilihan terbaik bagi pelanggan yang ingin menikmati hidangan yang boleh dikatakan " rare" dan berpegalaman bersantap hidangan menu unik pada bulan Ramadan nanti.
Menu-menu unik seperti Siput Gonggong, Belangkas, Ikan Belut, dan Daging Arnab jarang terdapat di bufet Ramadan di hotel lain, jadi jangan lepaskan peluang untuk mencuba hidangan yang jarang ditemui ini.
Menu highlight, semestinya Ayam dan Kambing Golek. Rugi kalau dah datang, tetapi tak merasa. Apa yang boleh Leya katakan, tidak hanya rasa yang istimewa, ayam dan kambing golek di Bufet Ramadan Fraser Place Puteri Harbour memiliki tekstur daging yang lembut dan juicy.
Ketika dimakan, daging ayam dan kambing golek tidak terasa kering karena bumbu perapannya yang meresap hingga ke dalam daging.
Selain itu, daging kambing golek juga disajikan dengan saus lada hitam yang sangat sedap.
Korang tengok diaorang sajikan menu sambal dalam batu lesung ni je. Teringat lawak Nabil Maharajalawak. Haha
Boleh dikatakan bahawa menu-menu bertemakan Sajian Dapur Ayahanda di Bufet Ramadan Fraser Place Puteri Harbour Johor Bahru menyajikan pelbagai hidangan eksotik.
Chef Daniel Lowe menjelaskan satu persatu jenis masakan dalam kawah seperti Belut Chili Terung Pipit, Siput Gonggong Sambal Mangga, Belangkas Sambal Telur, Siput Sedut Batang Keladi, Kulit Lembu Sambal Taun, dan Mentarang.
Korang boleh melihat gambar-gambar hidangan tersebut di laman Facebook Nurul Aleya (Apakatamommydotcom).
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.