MENGAPA PENTING MERAIKAN MERDEKA

11
MENGAPA PENTING MERAIKAN MERDEKA | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Apakatamommydotcom. Bulan 8 bulan yang amat mencabar bagi mommy. Banyak kerja yang terpaksa ditangguhkan sebab sibuk dengan saringan Covid-19. Nanti mommy akan cerita lebih lanjut. Sekarang hendak cerita mengenai MERDEKA.

Malaysia akan menyambut hari Merdeka yang ke-63 pada hari ini. Hari Kebangsaan Malaysia atau Hari Merdeka disambut di seluruh negeri pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1782 sehingga tahun 1957.


Hari Merdeka merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, nyanyian, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun.

Kemeriahan Hari Merdeka dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari Merdeka disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka.


Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari Merdeka merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Sambutan Merdeka ketika Covid-19
Korang semua sudah sedia maklum, tahun 2020 suasana sambutan agak berlainan seperti tahun sebelumnya.

Acara perbarisan dan perarakan mengikut norma baharu akan disiarkan melalui saluran televisyen.
Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Mohammad Diah Wahari berkata acara itu akan dirakam lebih awal secara berasingan bagi setiap kontinjen yang dikenal pasti bertujuan mengurangkan perhimpunan ramai selain memastikan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan pandemik COVID-19 dipatuhi.

Esok pagi bangun terus buka siaran RTM okey.

Penting Ke Sambut Merdeka? 

Bagi mommy penting. Terdapat banyak sebab yang penting untuk kita sambut Merdeka.

1. Mengenang dan menghargai jasa tokoh.

Kita perlu mengenang jasa tokoh yang telah berkorban demi mencapai kemerdekaan untuk tanah air. Antara tokoh yang begitu berjasa kepada negara ialah Tunku Abdul Rahman, Rosli Dhobi, Rentap, Kanang dan sebagainya. Mereka rela berputih tulang daripada berputih mata melihat tanah air tempat tumpah darah mereka dijajah oleh kuasa asing seperti British dan Jepun. Mereka juga sanggup menggadai nyawa demi membayar harga sebuah kemerdekaan.Tokoh-tokoh ini patut dijadikan pembakar semangat kepada generasi muda untuk terus berjuang agar kemerdekaan negara tidak akan tergugat.


2. Memupuk perpaduan kaum 

Negara yang harmoni dan sejahtera hanya akan dapat dibentuk jika semua kaum ini dapat bersatu padu, bekerjasama dan bertoleransi. Melalui sambutan hari kemerdekaan, semua kaum dapat berkumpul bagi meraikan hari kemerdekaan negara yang kita cintai ini. Masyarakat berbilang kaum yang saling menyayangi, saling menghormati dan saling bekerjasama merupakan pemandangan paling indah untuk dipertontonkan kepada masyarakat di luar negara. Jelaslah di sini bahawa sambutan hari kemerdekaan dapat mengekalkan perpaduan antara kaum.

3. Memupuk semangat patriotisme/Mengukuhkan jati diri rakyat Malaysia

Sambutan Hari Merdeka perlu diadakan untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.Hal ini kerana generasi muda hari ini mudah hanyut dan terikut-ikut dengan budaya Barat. Oleh itu, seharusnya golongan muda mempunyai semangat patriotisme yang tinggi terhadap negara sendiri. Rakyat Malaysia juga sewajarnya lebih mementingkan barangan buatan negara sendiri kerana ianya dapat menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.Sudah terang lagi bersuluh bahawa menyambut hari kemerdekaan merupakan salah satu medium untuk mengukuhkan jati diri dan memupuk semangat cinta akan negara.

4. Meningkatkan imej negara

Melalui sambutan hari Merdeka , imej negara kita akan turut meningkat. Negara-negara asing akan mengenali Malaysia sebagai sebuah negara yang aman, harmoni dan sejahtera, Secara tidak langsung, lebih ramai pelancong asing ingin berkunjung ke negara kita serta lebih ramai pelabur asing ingin melabur di negara kita. Hal ini dapat membantu meningkatkan sumber pendapatan negara sekaligus menjana ekonomi negara.

Tema dan Logo Hari Merdeka 2020

Bagi sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2020, logo berbentuk hati dengan warna Jalur Gemilang diperkenalkan bersama tema yang dipilih iaitu Malaysia Prihatin.


Mommy ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan atau Hari Merdeka kepada semua pembaca blog Apakatamommydotcom. Harapan nya agar korang semua dapat memupuk semangat patriotik dalam diri masing-masing dan mengajak orang lain sama. Semoga anak muda yang akan menjadi pelapis, tidak mudah lupa diri diatas kesenangan yang mereka ada masa akan datang.

Post a Comment

11Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Selamat Hari Merdeka!!
    Ramai juga yang pertikaikan, tak perlu la nak sambut merdeka ni,
    but for me personally, its a must! sebab tak semua negara aman damai macam negara kita ni

    ReplyDelete
  2. Kerana ingin mencapai kemerdekaan bukannya mudah. Ia mengorbanan masa , peluh dan darah oleh datuk moyang kita semua. Wajob kita menghargai pengorbanan mereka

    ReplyDelete
  3. salam merdeka. apa cara yang kita sambut yang penting kita perlu ada rasa sayang pada negara. bangga jadi anak malaysia. merdeka!

    ReplyDelete
  4. I second all reasons you listed. To me, no. 2 & 3 is the most important. Salam Merdeka to you.

    ReplyDelete
  5. Suka dnegan slogan Malaysia Prihatin untuk tema kemerdekaan pada tahun ini. Semoga generasi kita dan seterusnya akan terus menghargai parajurit yang telah gugur bagi mempertahankan negara sekaligus menjaga nama baik Malaysia

    ReplyDelete
  6. Penting sebab ini caranya kita.ingatkan kembali bagaimana penjajahan negara pd masa dulu dan juga pengorbanan pemimpin negara

    ReplyDelete
  7. Absolutely enjoyed my read here to recall better merdeka celebration, thanks for this & happy merdeka ya :D cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  8. Kemerdekaan ni memang penting kan dalam mengingati sejarah negara kita yang bersatu padu menentang penjajah. Zul suka slogan merdeka tahun ni yang memberi banyak makna

    ReplyDelete
  9. cantik logo merdeka tahun nie. yes, kita kena sentiasa memupuk semangat kemerdekaan dalam diri dan anak2 kecil. pengorbanan org2 lama dalam membebaskan negara dari penjajah

    ReplyDelete
  10. It is important to feel and be proud of being Malaysian, we are stronger together as a nation, tak kira bangsa atau agama.

    ReplyDelete
  11. Semoga kemerdekaan di Malaysia ini sentiasa diharga oleh rakyat Malaysia :)

    ReplyDelete
Post a Comment