Bertemakan Selera Desa Thistle, antara menu yang ada Sup Gearbox, Gulai Kawah, Shellout, Ayam Opor Maharaja, Gulai Daging Salai & Pisang Muda, Asam Pedas lkan Pari, Kepah & Nanas Lemak Cili Api, Itik Pong Teh, Satay, Laksa Johor, Mee Rebus, aneka Cucur, Kway Teow Goreng, Lemang Ketupat dan banyak lagi!!.
Apa yang lagi bestnya, ada gerai-gerai di luar yang korang boleh makan kalau tak nak makan nasi berlauk. Gerai di luar seperti Gerai Nasi Ayam, Laksa Johor, Mee Rebus pun ada. Paling teringat sampai sekarang ni, Mee Hoon Sup Utara. Kitonya ada keturunan darah utara. 2 kali Leya tambah makan tau.
Aneka kuih-muih, buah-buahan dan juga Bubur sebagai pemanis mulut pun ada korang. Hat ni pun Leya makan bertambah. Pulut dan Serawa Durian. Kalau dah ada Serawa Durian, tentulah Durian Fresh dan Durian Goreng pun ada.
Sila tengok gambar dan video selebihnya dekat sini :
Facebook : Page Nurul Aleya
Instagram : Nrlaleya144
Tiktok :
Air pulak, kalau bulan puasa nanti mesti korang akan terliur. Ada pelbagai jenis air minuman yang tersedia. Air panas seperti Teh Tarik pun ada, tetapi korang kena cuba Air Kathira dekat Selera Desa Thistle Hotel. TERPALING Padu.
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.