Bufet Ramadan Tunamaya Beach & Spa Resort Desaru | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Apakatamommydotcom.
Sajian Dapur Ayahanda Bufet Ramadan
Bertemakan Sajian Dapur Ayahanda "7 Chef 7 Kawah", Leya rasa semua menu dalam kawah tu adalah makanan kegemaran Ayahanda la. Ayahanda siapa? hah itu Leya tak tahu. Tetapi yang pasti kesemua menu 7 Kawah, menepati citarasa dan lidah Leya, haha
7 Chef 7 Kawah
7 Chef 7 Kawah memperkenalkan menu kawah seperti Nasi Putih, Rendang Burung Puyuh, Ketam Masak Lemak, Pucuk Manis Campur Labu Kuning, Kepah Masak Nyonya, Ayam Masak Merah dan Daging Masak Hitam Manis.
Paling Leya suka Rendang Burung Puyuh dan Daging Masak Hitam Manis. 3 kali dok ulang alik pergi ambil lauk sahaja, meratah tak malu dekat orang sekeliling. hehe.
Senang cerita, Leya dah masukkan gambar dalam Album Facebook Page Nurul Aleya ( apakatamommydotcom )
Kalau korang datang berbuka puasa di Tunamaya Beach & Spa Resort Desaru, sila pastikan datang awal. Boleh jalan tepi laut dulu, dan boleh book meja dekat area luar. Makan berhadapan dengan swimming pool. Cuma nak pesan, kalau ada nak kecik korang makan masuk dalam je la. Ada jadi singa nanti.
Nak best lagi, korang tidur je la dekat Tunamaya Beach & Spa Resort Desaru. Jangan risau la, siapa cakap Tunamaya Desaru berhantu, biar Leya jadi hantunya.
Sudah tiba masa Leya kongsikan Tunamaya Desaru contact number. Untuk memudahkan korang.
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.