13 Manfaat Sacha Inchi Oil Serta Kesan Sampingan Dan Testimoni | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Apakatamommydotcom.
Korang semua pernah dengar, baca atau tahu pasal Sacha Inchi Oil tak? Apa tak pernah tahu! Jangan risau Leya pun tidak pernah tahu sebelum ini. Kalau korang berminat untuk tahu, jom baca article ini okey. Korang pasti tidak akan menyesal.
Apa itu Sacha Inchi Oil
Sacha Inchi (Plukenetia volubilis) merupakan sejenis tanaman kekacang yang kurang dikenali di Malaysia. Sacha Inchi adalah jenis renek (shrub) yang parrenial dengan memerlukan sokongan untuk menjalar diatas kayu sokongan. Tumbuhan berasal dari negara PERU ini juga dipanggil sebagai 'Sacha Peanut', 'Inca Peanut', 'Mountain Peanut' dan 'Sacha Inci'.
Sacha inchi semakin mendapat perhatian ramai selepas berjaya disenaraikan sebagai salah satu ‘superfood’ di dunia pada tahun 2016.
Tumbuhan ini kini ada ditanam secara komersil di Thailand, Vietnam dan Kemboja untuk menghasilkan bijinya yang mengandungi minyak yang sangat bernilai.
Korang di Malaysia pun ada juga la. Tumbuh an ini ditanam di keluasaan 1.000 ekar dan diproses di sebuah kilang di Johor, Malaysia. Ladang tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh profesional Taiwan yang berpengalaman. Penggunaan baja dan racun sama sekali tidak digunakan dalam penanaman Sacha Inchi.
Manfaat dan Khasiat Sacha Inchi Oil
Sacha Inchi mempunyai banyak khasiat-khasiat penting yang di perlukan oleh tubuh badan yang dapat membantu mencegah pelbagai jenis penyakit berbahaya.
Sacha Inchi kaya dengan Omega 3 yang lebih tinggi berbanding dengan kandungan omega dalam ikan dan juga jenis-jenis pokok yang lain.
Antara kandungan yang terdapat dalam Sacha Inchi adalah Omega 3 (48%), Omega 6 (35%) dan Omega 9 (9%).
Kelebihan ini dapat membantu merawat dan mencegah masalah-masalah utama yang dihadapi oleh setiap tubuh badan.
13 Khasiat yang terdapat dalam Sacha Inchi Oil.
Antara khasiat-khasiat yang terdapat dalam Sacha Inchi:
- Membantu mencegah dan meningkatkan kesihatan jantung serta melancarkan pengaliran darah dalam tubuh.
- Membekalkan nutrisi penting kepada otak untuk lebih produktif dan kreatif serta meningkatkan daya ingatan.
- Membantu mencegah dan melawan sel-sel kanser.
- Menguatkan tulang dan sendi serta memperbaiki ligament yang telah koyak.
- Melancarkan sistem buah pinggang dan pencernaan yang dapat membantu membuang lemak-lemak berlebihan yang boleh mengakibatkan obesiti.
- Meningkatkan tahap kesihatan paru-paru dan membantu mengurangkan penyakit asma dan alahan.
- Sesuai untuk ibu mengandung di mana dapat meningkatkan tumbesaran bayi dalam kandungan serta perkembangan otak bayi.
- Membanyakan dan memekatkan susu badan.
- Melancarkan keseluruhan sistem dan setiap organ dalam tubuh agar dapat berfungsi dengan baik.
- Menurunkan tahap kandungan gula dalam darah.
- Memberikan nutrisi penting untuk retina agar mata sentiasa segar dan tahap penglihatan yang lebih optimum.
- Membantu menyihat dan melembabkan kulit serta dapat mengurangkan kedutan dan jeragat.
- Minyak Sacha Inchi juga boleh menyembuhkan penyakit-penyakit kulit dan juga membantu meningkatkan tahap kesuburan rambut.
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.