HANTAR ANAK SEKOLAH CINA | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Apakatamommydotcom.
Sekejap je rasanya dah daftar anak ke Tadika. Memang dari anak kecik lagi niat Leya dan suami untuk hantar anak kami ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, SKJC.
Kenapa? Nanti Leya akan ulaskan lebih lanjut.
Penat Leya dan suami tanya orang sekeliling, buat carian di Google sebelum memutuskan untuk hantar anak, Nayla ke SKJC mana.
Ada terbaca, jika hendak hantar anak ke SKJC wajib atau mesti Sekolah Tadika Jenis Cina selama 2 Tahun terlebih dahulu.
Akhirnya Leya dan suami berpendapat, sebelum kita, ibu bapa Melayu yang hendak hantar anak mereka ke SJKC mereka perlukan 3 aspek penting ini.
3 Aspek Penting Sebelum Hantar Anak Ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
3 Aspek tersebut ialah Persediaan, Cabaran dan Tips. Leya akan ulas ketiga-tiga aspek ini dengan lebih terperinci. Sebelum itu, berbalik semula Kenapa memilih SKJC? Sekolah Kebangsaan lain, atau Tadika lain tak bagus ke?
Kenapa memilih SKJC untuk anak?
Kami menganggap dengan menghantar anak ke SKJC kerana pendidikan di SKJC berkualiti tinggi dan dapat memberikan peluang yang lebih baik untuk anak kami dalam karier masa depan.
Selain itu, menghantar anak ke SKJC kerana kami menganggap penting untuk mempelajari bahasa Cina, yang semakin penting dalam perdagangan dan perniagaan di Malaysia dan di seluruh dunia.
Keadaan sekeliling juga memainkan peranan yang penting. Kebanyakkan kenalan Leya dan suami, ramai yang menghantar anak mereka ke SJKC. So di situ kita sudah dapat moral support.
Kesimpulannya, tidak ada yang salah atau tidak betul tentang ibu bapa Melayu menghantar anak-anak mereka ke SJKC. Sebagai individu, setiap orang memiliki hak untuk memilih pendidikan yang mereka anggap terbaik untuk anak-anak mereka, tidak peduli apa agama atau etnis mereka.
Persediaan Sebelum Hantar Anak Ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
1. Pendaftaran Awal.
Ingatkan boleh daftar macam itu sahaja. Iya la pergi daftar dan siap. Rupanya, tidak ye korang. Setiap Tadika atau Pra - Sekolah mempunyai kuotanya sendiri.
Tadika area berdekatan rumah Leya, mereka limitkan 5 pelajar Cina, 1 pelajar Melayu. Rezeki Leya, hari tu masa pergi daftar sudah ada 10 pelajar Cina dan 1 pelajar Melayu. So, mereka ambil seorang lagi pelajar Melayu. Jika ada lagi ibu bapa Melayu yang hendak daftarkan anak mereka, mereka terpaksa menunggu 5 pelajar Cina terlebih dahulu.
2. Wajib Tadika atau Pra - Sekolah Jenis Cina
Masuk ke SKJC, sekolah mewajibkan pelajar terlebih dahulu memasuki Tadika atau Pra -Sekolah Jenis Cina selama 2 Tahun. Kiranya, bermula dari umur 5 Tahun, tetapi mereka mengalakkan ibu bapa menghantar anak ke Tadika dari umur 4 Tahun.
Sebaiknya ibu bapa pastikan anak sudah pandai menulis ABC dan 123 dengan sendirinya walaupun masih tidak tahu bahasa Mandarin.
3. Pemilihan Sekolah
Pemilihan Sekolah amatlah penting ye Ibu Bapa. Pilihlah SKJC yang dimana ada sekolah Tadika atau Pra - Sekolah Jenis Cina di dalamnya.
Maksud Leya, kalau hendak hantar anak ke SKJC Pei Chiao, masukkan juga anak ke Tadika atau Pra - Sekolah Pei Chiao. Ini kerana untuk memudahkan peralihan anak nanti.
Tips : Kenalan Leya cakap penting Tadika yang sama dengan SKJC nanti, sebabnya guru Tadika mengajar anak apa yang diperlukan ketika mereka naik ke SKJC nanti ( Darjah 1 ).
4. Beri anak semangat
Bercerita pada anak yang guru-guru mereka baik. Kawan yang ramai. Sesekali tunjuk dimana sekolah yang mereka akan pergi.
Cabaran Sebelum Hantar Anak Ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
1. Pendidikan Dalam Bahasa Cina
Semestinya Sekolah Cina menekankan pengajaran dalam bahasa Cina, yang mungkin menjadi cabaran bagi pelajar yang tidak terbiasa dengan bahasa itu. Pelajar mungkin perlu mengambil masa untuk mempelajari dan memahami tatabahasa dan kosakata bahasa Cina, dan mungkin memerlukan bantuan tambahan seperti tuisyen atau kelas persediaan sebelum memahami sepenuhnya.
2. Tekanan Pendidikan Tinggi
Sekolah Cina biasanya mempunyai tahap prestasi yang tinggi dan menekankan keunggulan akademik. Pelajar mungkin menghadapi tekanan yang lebih tinggi untuk mencapai prestasi cemerlang dan memenuhi standard sekolah.
3. Pendidikan Agama
Di sini memang Leya sudah fikir cabaran ini. Kita tak boleh ambil mudah isu Pendidikan Agama. Di Johor ni, Sekolah Agama memang sangat sinonim dengan Bangsa Johor. Ehh. Hahaha. Sekolah Agama bermula bila anak sudah naik ke darjah 1, terapi jangan risau untuk anak-anak yang berumur 5 dan 6 Tahun, korang boleh hantar ke Tadika Pasti setelah tamat sesi persekolahan SJKC.
4. Masa
Masa di sini Leya boleh kongsikan ialah kepadatan masa untuk anak kita. Pagi bersekolah di SKJC, kemudia petang hari ke Sekolah Agama atau Tadika Agama ( Tadika Pasti ). Nampak penat kan. Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk anak kita.
5. Makanan
Sesetengah kantin sekolah SJKC dikendalikan oleh melayu. Maka tiada isu makanan untuk anak anda. Namun guru sudah beritahu, mesti sediakan makanan untuk anak sendiri.
6. Emosi
Sokongan emosi adalah amat penting kepada anak. Mempelajari bahasa ke-3 yang tidak dituturkan di rumah adalah sukar, maka tugas anda selaku ibu bapa untuk memberikan sokongan moral kepadanya.
Tips Hantar Anak Ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
1. Informasi Sekolah dan Kenali Cikgu
Carilah informasi tentang sekolah Cina di daerah Anda. Periksa reputasi sekolah, kurikulum, dan fasilitas. Pastikan juga bahwa sekolah tersebut memiliki program bahasa Mandarin yang bagus.
Sentiasa berhubung dengan cikgu kelas untuk mengikuti perkembangan pembelajaran anak anda. Cikgu adalah individu yang anda perlu kenal dan sentiasa berhubung bagi mengetahui status dan perkembangan anak anda di sekolah. Cikgu akan mampu memberikan nasihat dan bimbingan yang sewajarnya untuk membantu anak anda dalam pembelajarannya.
2. Kumpulan Sokongan
Disebabkan Leya ramai kenalan yang menghantar anak mereka ke SJKC, so Leya ada kumpulan sokongan yang kuat.
Tetapi paling penting kumpulkan semua ibu bapa yang bukan cina seperti anda, untuk tubuhkan satu ‘group komunikasi’ bagi membantu satu sama lain.
Hal ini bagi memudahkan anda untuk berkongsi masalah, penyelesaian dan kaedah pembelajaran yang mungkin boleh dipraktikkan bersama.
3. Kerja Sekolah
Tips untuk kerja sekolah pulak, Leya dan suami kami mencari anak kenalan cina kami untuk mintak tolong tengok-tengokkan kerja sekolah. Sebab itu pentingnya ada kumpulan sokongan tau.
4. Tuisyen Tambahan
Nak tak nak kalau boleh dapatkan bantuan tutor untuk membimbing anak anda dalam pembelajarannya. Bimbingan tutor ini tidak terhad kepada bahasa Mandarin semata, sebagai contoh, matematik di SJKC adalah lebih susah berbanding di sekolah kebangsaan. Maka anda harus kenalpasti subjek yang dianggap sukar untuk anak anda dan dapatkan cikgu tuisyen atau personal tutor untuknya.
Nampak sangat susah kan untuk kita ibu bapa melayu untuk hantar anak kita ke sekolah cina. Leya mintak korang doakan anak Leya, Nurnayla Zulaikha Ab Shukor, dapat sesuaikan diri di Sekolah dengan cepat.
Semoga Nayla gembira dan bersemangat untuk jumpa cikgu dan kawan-kawan.
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.