Kuasa Pembeli Ketika PKP Ini Membuat Harga Barang Meningkat

Kuasa Pembeli Ketika PKP Ini Membuat Harga Barang Meningkat | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog apakatamommy.

Korang mommy nak tanya pendapat korang. Sekarang ini isu yang mommy nak fokuskan adalah barang-barang jualan di platform e-commerce seperti shopee dan lazada. Mommy nampak harga-harga barang yang mommy selalu survey dan beli boleh dikatakan naik sedikit demi sedikit atau 2 kali ganda kenaikannya.


Barang yang mommy cakap bukanlah hand sanitizer, 3 ply mask atau thermometer bacaan suhu badan tu. Itu tak payah ceritalah, 3,4 kali ganda naik harganya. Korang bayangkan thermometer bacaan suhu badan yang harganya serendah  RM 30.00 dan paling mahal pun mommy pernah jumpa mungkin RM 60.00 boleh jejak harga sewaktu PKP ni RM 100.00 hingga RM 300.00 seunit. Gila apa.

Mommy ada survey air fryer baru, sebab sebelum ni mommy hanya guna oven dan air fryer ibu mommy je pun. Mommy mula survey dari awal bulan 3. Tapi keinginan tu tak sampai sangat. Sehinggalah masuk PKP fasa 2 ni, baru la keinginan nya membuak-buak korang.

Dia punya hantu tu nak kan air fryer sampaikan bukak channel Astro Ria, terkena pulak siaran waktu GoShop. Boleh pulak tengah promote air fryer. Hantu sungguh.

Mommy survey brand Russell Taylors dan Perysmith. Kedua brand ni kenaikkan harga yang mommy boleh cakap, senang cerita mommy bagi contoh la ye.


Kalau korang tengok harga semasa, RM 259.00. Seminggu lepas kawan mommy ada beli dan dia dapat harga lebih murah sedikit dari mommy. Murah dalam RM 20.00 macam tu. Masa sale 4.4 ada yang da[at RM 193.00 paling murah yang mommy tahu. Mommy ada joined group air fryer dekat facebook. Tapi tak pe la, apa-apa pun harga nya naik tak mendadak dan selamat mendarat petang tadi.

Mommy nak tekankan dekat sini, pastikan sebelum korang beli tengok review orang terlebih dahulu dan berapa unit sudah terjual. Kalau dapat shop official nya lagi bagus. Mommy ada search perysmith air fryer dan taraaaa. Korang boleh tengok harganya. Tiada review dan tiada yang sudah dibeli. Jadi pembeli yang bijak korang.


Apa yang mommy boleh buat kesimpulannya, harga nya naik sedikit demi sedikit selepas item yang di post sold out dengan cepat. Mommy nak beli sampai kena tunggu 2 kali baru dapat. Macam kes air fryer perysmith ni, barang yang ada di Malaysia mungkin berkurangan dan tak dapat restock dari kilang. So selalu sold out dan peniaga main harga la dekat situ. Sama jugak dengan brand air fryer russell taylors. 

Pembeli pun semasa PKP ni ada je benda yang nak dibelinya. Air fryer la, Printer la. Nanti harga printer confirm naik harga. Habis mak bapa perlukan printer untuk print latihan anak-anak yang cikgu bagi sepanjang tempoh PKP ni. 

Kalau ikutkan mommy nak je tunggu sale nak dekat raya nanti. Tetapi teramat perlukan dan sebab rakan-rakan jadi hantu, grab jugak la. Hahahaha

TUNGGU RESEPI YANG BEST DARI MOMMY GUNA AIR FRYER YE

37 comments:

  1. Sis punya brand Haier jee, dah 2 tahun pakai, alhamdulilah banyak jasanya..
    Beli je yang biasa Leya, gunanya sama je hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI Apakata MommyApril 18, 2020 at 3:58 PM

      Betulah sis lin. Setakat ni oven ada, microwave ada. Saja nak beli air fryer. So better beli yang murah2. Macam sis cakap kegunaannya sama je

      Delete
  • best ada air fryer. mudah masak mcm2, sis.
    sila la beli. and best sgt lah. aida dah bertahun guna air fryer philips.
    zaman dulu beli rm999 tau. masa tu tak byk brand yg ada.
    now, hmmmm less than rm200 pun ok. terbaik la. memudahkan pengguna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI Apakata MommyApril 18, 2020 at 9:14 PM

      Yup Philip adalah brand pertama yang keluarkan air fryer. Bila Philip dah keluarkan twin turbo punya, baru lah ia lepas kan hak . So ramai la yang boleh buat air fryer

      Delete