Penjadualan Semula Kesemua Peperiksaan Penting Tahun 2020 | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua yang baca blog apakatamommy. Korang semua sihat tak? Masih ikut larangan Kerajaan Malaysia dengan #StayAtHome je tau. Mari kita putuskan rantaian Covid19.
Okey Mommy nak kongsikan dengan ibu bapa dan pelajar-pelajar, Kementerian Pendidikan Malaysia mengeluarkan kenyataan media pada hari ini, 28 Mac 2020 mengenai Penjadualan semula peperiksaan bawah kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia berikutan perintah kawalan pergerakan disebabkan penularan jangkitan Covid19.
Peperiksaan yang penting bagi mommy seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Ketiga-tiga peperiksaan penting ini hanya dua sahaja yang di pinda tarikhnya.
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Tarikh Asal : 5 Oct 2020 sehingga 19 Nov 2020
Tarikh Pindaan : 16 Nov 2020 sehingga 7 Dis 2020
Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)
Tarikh Asal : 28 Sep 2020 sehingga 6 Oct 2020
Tarikh Pindaan : - Ada sedikit kesalahan dengat situ. Mungkin akan di betulkan nanti.
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
Tarikh Asal : 1,2,3,7 dan 8 Sep 2020 tiada tarikh pindaan bermakna tarikhnya kekal.
Peperiksaan penting yang lain, korang boleh tengok gambar kenyataan media di bawah ini ye.
Sesi persekolah pun terjejas. Semoga ada sinar selepas ini dan covid-19 ini segera lenyap di muka bumi ini. Insha ALlah
ReplyDeleteharapnya pelajar-pelajar dan jugak pengajar dapat menumpukan perhatian dalam pembelajaran bila sudah start persekolahan nanti. kesian mereka
DeleteCalon peperiksaan tahun ini, waktu Perintah Kawalan Pergerakan ini korang kena study sendiri.. Jangan study last minit, risau tak sempat je.. tahun nie, waktu yang ada agak terhad.
ReplyDeletebetul tu. kena ada inisiatif sendiri. untuk murid-murid sekolah rendah, ibu bapa boleh pantau
Delete