Menu 14 Hari Sempena Lanjutan PKP

24
Menu 14 Hari Sempena Lanjutan PKP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog apakatamommy. Korang tolong mommy. Mommy pening kepala sebab nya terpaksa fikirkan menu untuk sarapan pagi untuk 14 hari lagi. PKP dilanjutkan maka suami mommy pun terus la berada di rumah. Suami mommy ni seorang yang pentingkan sarapan pagi. Kalau mommy, terus brunch je. Hahahaha

Okey mommy pun pagi tadi search merata tempat, dekat Facebook dan Google. Terus tulis menu sarapan pagi, makan tengahari dan juga makan malam.

Korang mintak LIKES dan FOLLOW Facebook Page Mommy okey.
ByAleya - apakatamommy ; Blog Readers




Hah! Mana yang mommy tak reti terus mommy cari resepi nya. Fuh lega korang bila dah siap menu untuk 14 Hari tu. Jangan tanya bab air. Minum air masak je. Tak rajin mommy nak melayan air-air viral. Masak untuk makan bagi kenyang. 

Situasi sekarang ni korang kena berjimat cermat. Negara kita Malaysia masih dalam fasa PKP, ini pun di lanjutkan lagi. Mana tahu bila sampai 14 Mac nanti PKP ni di lanjutkan lagi. Suami dan kita isteri yang mana bekerja tentu nya akan dicutikan lagi. Gaji pun mesti dapat basic sahaja. Jadinya , mommy seru kepada semua berjimat cermat ye. 

Okey mommy pun nak tak nak terpaksa jugak keluar ke bandar untuk beli barang keperluan. Kita beli terus untuk 14 Hari punya. Semoga suami mommy masuk beli barang, dapat keluar dengan jayanya.

Doakan Korang.


Post a Comment

24Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Saya pun dah pergi membeli utk another 14 days punya food. Seronok! Sebab semua pantas dan jaga social distancing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI Apakata MommyMarch 31, 2020 at 3:34 PM

      seronok bukan. orang pun tak berapa ramai. kalau ada pun masing-masing alert dan beli barang apa yang nak beli sahaja

      Delete
  • siap buat schedule nak masak apa. bagus juga merancang, at least tak adalah pening nak masak apa esok harinya. Huda kekadang sampai tanya satu rumah nak masak apa, sebab keadang blur juga walaupun kita masak bergilir dengan mak, ehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI Apakata MommyMarch 31, 2020 at 3:37 PM

      bestnya dapat merasa masakan mak. ni mommy nak kena tunggu habis tempoh pkp baru boleh balik kampung

      Delete
  • Senang isteri nak masak dah ada list tapi yang teruk suami lah nak keluar beli barang tak tahu apa barang nak cari wakakakaka moga kita dapat melalui semua PKP ni dengan tenang dan terus berlalu segala penyakit ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI Apakata MommyMarch 31, 2020 at 3:38 PM

      masa ni la suami nak tunjuk hero. jangan gentar. setakat beli barang dapur je pun. eheheee

      Delete
  • wahh siap tulis dalam buku..comel gila..macam mak iena tau..
    Bila ada list ni lagi senang sebenarnya..tp mcm iena sebab kene work from home iena mmg masak mana yg sempat je..kadang tak sempat masak sb kerja banyak giler..boss ni bila work from home..dia lg bg bnyk kerja T_______T

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI Apakata MommyMarch 31, 2020 at 3:39 PM

      kesian nya dekat iena. tak pe tak pe, eina wfm mak la ya masak. sambil kerja sambil makam. ha dah check belum berat badan ada naik ke tidak

      Delete