Raya Bersama LEGOLAND® Malaysia Resort: Pengalaman Balik Kampung yang Tidak Terlupakan

0

Pengalaman Balik Kampung yang Tidak Terlupakan | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Apakatamommydotcom. Korang terkejut ke baca tajuk Leya beraya di LEGOLAND® Malaysia Resort. Iya korang tak salah baca, memang Leya beraya di LEGOLAND® Malaysia Resort.

 

 


Sambutan Raya di LEGOLAND Malaysia Resort boleh menjadi pengalaman yang benar-benar unik bagi para tetamu. Resort berubah menjadi sebuah kampung warisan Malaysia. Bertemakan Balik Kampung, sepanjang Syawal ini bermula 21 April - 21 May 2023 kalau korang datang ke Legoland pengunjung akan berpeluang untuk menikmati persembahan tradisional, melakukan aktiviti-aktiviti tradisonal dan mengenali budaya Melayu.

 

Dari pembukaan hingga penutupan, pengunjung akan terhibur dengan persembahan tarian Melayu tradisional dan moden yang akan disajikan sepanjang perayaan.

 


 

Pukul 10.00 pagi dah bermula dah "The Beginning" show. Korang kena datang awal-awal pagi supaya tak bersesak dengan orang ramai, sambil tengok live show korang joget la sekali. Jangan risau live show bermula pada pukul 10.00 pagi dengan Gema Lebaran, dan diteruskan dengan Senandung Al-Mubarak pada pukul 11.00 pagi. Pada pukul 3.30 petang dan 5.30 petang pulak ada Seloka Hari Raya dan Riang Ria Raya. Tarian live show akan berakhir pada puku 4.30 petang dengan tarian Dendang Di Hari Raya.


Sepanjang 1 hari korang berada dalam Legoland tu, selain bermain aktiviti theme park dan water park, dekat kawasan pintu masuk korang boleh melakukan aktiviti seperti bermain congkak, checkers, teng teng, batu seremban, main kompang dan tukar baju traditional. 





Terdapat banyak aktiviti yang menarik di sepanjang perayaan, termasuk lawatan ke SEA LIFE Malaysia untuk mengumpul cap dan menerima camilan manis, yang melambangkan tradisi Raya untuk mengunjungi keluarga dan menerima Duit Raya. MINILAND Aidilfitri Hunt juga akan memberikan acara cari harta karun yang mendidik dan menunjukkan reka bentuk Rumah Kampung yang berbeza di Malaysia, dan aktiviti Raya khas seperti pembelajaran melukis batik tradisional dan membina ketupat pada hujung minggu.

 

Korang tengok je gambar-gambar di  Facebook Page Nurul Aleya (apakatamommydotcom)

 

 

 

 

Sambutan Raya di LEGOLAND Malaysia Resort menawarkan pengalaman yang menarik dan asli untuk sesiapa yang ingin mempelajari lebih lanjut tentang budaya dan tradisi Melayu semasa perayaan Hari Raya. Bagi para pelancong yang ingin mengalami perayaan Hari Raya dengan cara yang berbeza, jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman unik ini di LEGOLAND Malaysia Resort.

 

Tunggu apa lagi, untuk korang yang ingin membeli tiket dan ingin tahu lebih lanjut tentang event, Leya kongsikan link ok.

 

Beli Tiket : https://www.legoland.com.my/tickets-passes/

Event Balik Kampung : https://www.legoland.com.my/explore/shows-entertainment/aidifitri-legoland/

 

 


Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Post a Comment (0)