Pelbagai Keistimewaan Bufet Ramadan 2023 di Tanjung Puteri Golf Resort

0

Pelbagai Keistimewaan Bufet Ramadan 2023 di Tanjung Puteri Golf Resort | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Apakatamommydotcom.

 

Bufet Ramadan 2023 di Tanjung Puteri Golf Resort

Rayakan bulan Ramadan dengan kelazatan bufet bertemakan Lambaian Ramadan di Tanjong Puteri Golf Resort yang pasti memikat selera para pencinta makanan. Bufet ini menawarkan pelbagai jenis hidangan utama yang lazat termasuk kuih-muih dan pencuci mulut yang pasti membuat selera terbuka.

 

Hidangan menu utama seperti Nasi Briyani dan Nasi Goreng 'Yong Chow' di sertai dengan pelbagai menu lauk seperti Briyani Ayam, Stir Fried Beef with Black Pepper, Ikan Masak Tiga Rasa, Fried Squid with Dried Chili, Sambal Udang, Lemak Labu dan Pucuk Manis, Mutton Dalcha dan Terung Goreng Berlado.

 

Kuih-muih dan pencuci mulut korang sambung tengok dalam Album Page Facebook Nurul Aleya (apakatamommy)

 

Hidangan menu utamanya disesuaikan dengan citarasa kanak-kanak, mempunyai pelbagai pilihan lauk yang sesuai untuk mereka. Jangan risau, tidak semua hidangan pedas sehingga anak tidak dapat makan.

 

Korang pasti tidak ingin melepaskan peluang untuk mencuba hidangan seperti Bubur Lambuk, Sup Daging dan Bubur Pulut.

 

Pastikan korang pergi ke kawasan bawah kerana terdapat live stall seperti Kambing bakar, Murtabak, Kuetiaw dan Mee Goreng yang pasti menggoda selera korang. Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk mencuba Kambing dan Ayam Bakar yang disajikan dengan pelbagai sos-sos yang sesuai.

 

 

Jangan lepaskan peluang mendapatkan diskaun awal dan ajak orang tersayang korang untuk berbuka puasa bersama-sama. Tempah tempat korang sekarang dan nikmati pemandangan lapangan golf yang menakjubkan sambil menikmati hidangan yang sedap ini.
 
Jangan lupa untuk mendapatkan harga EARLY BIRD dari 27 hingga 29 Mac 2023. Beli 10 unit dan dapatkan 2 unit percuma. 
 

𝗟𝗔𝗠𝗕𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗛𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗙𝗘𝗧 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗡𝗝𝗢𝗡𝗚 𝗣𝗨𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗚𝗢𝗟𝗙 𝗥𝗘𝗦𝗢𝗥𝗧

💸 EARLY BIRD
Beli 10 FREE 2
🕊️HARGA BIASA
RM98 dewasa
RM49 kanak-kanak
📞 Untuk booking dan pertanyaan
+607-271 1888 or wa.me/6017432711/

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Post a Comment (0)