HALAL DINNER BUFFET DI HOLIDAY INN JOHOR BAWAH RM 100 | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Apakatamommydotcom. Korang sihat tak tu? Alhamdulillah Leya sihat je dekat JB ni walaupun kes semakin meningkat.
Ada tak pembaca blog Leya yang suka makan dinner buffet dekat hotel? Kalau suka, korang perlu baca sampai habis.
Leya dapat tahu Holiday Inn Johor Bahru City Centre baru sahaja boleh beroperasi semula selepas PKP. Holiday Inn Johor Bahru City Centre mengambil inisiatif untuk menarik pelangan ke hotel dengan memperkenalkan Family Friday dan Spice Saturday Dinner Buffet.
Family Friday dan Spice Saturday Dinner Buffet
Holiday Inn memperkenalkan dua jenis dinner buffet untuk pelanggan mereka. Dinner buffet hanya ada malam jumaat dan sabtu sahaja,sebab tu namanya Family Friday dan Spice Saturday. Leya dan suami pilih Spice Saturday sebab apa? Okey boleh teruskan pembacaan. Sebelum nak cerita apa makanan yang dihidangkan, kita cerita dulu ruangan makan.
Dine @ Eight, Holiday Inn Johor Bahru
Dine @ Eight ini ruangan tempat makan di Hotel Holiday Inn. Masuk sahaja ruangan tempat ini, perkara yang terlintas dekat fikirkan Leya ialah best nya kalau Leya bawak Zulaikha. Susunan atur meja makan yang modern dan sangat selesa. Hujung meja dan kerusi yang tidak tajam bolehlah dikatakan sangat friendly for kids.
Mula sahaja langkah masuk ke Dine @ Eight, macam biasa kena berikan nama dekat kaunter. SOP memang superb. Selepas siap periksa nama, kita akan diberikan sarung tangan plastik. Digunakan ketika hendak mengambil makanan.
Disebabkan Leya teruja nak masuk, tak sempat nak ambil gambar. Tapi Leya nak juga tunjuk dekat korang, so Leya ambil gambar kawan Leya. Farah pun pergi juga, tapi dia pergi hari Jumaat.
Boleh klik sini ➡️ Family Friday
Spice Saturday Night
Kalau tengok pada gambar promosi, Spice Saturday lebih kepada makanan timur, ada rasa pedas dan tentunya daging. Kami suami isteri memang peminat daging, sebab itu pilih Spice Saturday.
Pencuci Mulut @ Dessert
Kita mulakan dengan pencuci mulut. Walaupun pencuci mulut ni orang selalu makan waktu pengakhiran sekali, tetapi dari pintu masuk sahaja dah nampak pencuci mulut disusun cantik atas rak. Jadinya layan dulu gambar pencuci mulut.
Sempat la juga Leya merasa kek cokelat, kek span atasnya cream, puding roti dan kuih traditional. Potongan yang kecil, memudahkan untuk orang ambil makan dan tidak membazir.
Yang tak menahan tu ada marshmallow diselangkan dengan buah-buahan. Jadi budak-budak kejap korang. Ambil 2,3 batang, letak kekacang lepas itu ambil hershey syrup letak banyak-banyak.
Pencuci mulut yang sempat Leya merasa. Sebenarnya ada puding roti dan bubur. Tak ingat la bubur apa. Bubur kacang hitam agaknya. Tak sempat merasa, sebab kekenyangan.
Minuman @ Beverage
Minuman pun terbaik korang. Ada minuman sejuk dan minuman panas. Teruja sebab ada mesin untuk pengemar coffee.
Ada 5 pilihan coffee. Espresso, Latte, Cappuccino, Coffee Cream dan Americano. Leya pilih Latte tak silap, dan suami pilih Cappuccino. Pssttt dua kali Leya repeat pilih Latte.
Hidangan Utama @ Main Dish
Bagi Leya hidangan utama untuk Spice Saturday adalah Masakan panas, Pizza fresh from oven, dan Craving Station.
Masakan Panas
Leya suka sangat. Sebab panas. Kita order terlebih dahulu, dan ada Chef terus masakan untuk kita. Masakan panas untuk Spice Saturday ada Mee Mamak Banjir, Beef/Chik Teppanyaki, Mee Bandung dan Chicken Soup.
Semestinya Leya pilih Beef Teppanyaki. Pilihan suami adalah Mee Goreng. Ada kawan pilih Mee Bandung.
Fresh Pizza
Hah Pizza pulak akan dihidangkan panas-panas. Dari tebar roti sehingga la di bakar korang boleh tengok depan mata. Bila dah dihidangkan, chef akan bunyikan loceng menandakan dah siap.
So delicious korang. Masa tu Leya ambil dah sejuk, tetapi masih lembut. Cuba bayangkan kalau makan panas. Lagi sedap.
Craving Station
Hah suami Leya berulang alik dekat craving station ni berapa kali pun tak tahu la. Kejap dia ambil makanan untuk dia, kejap Leya pulak yang suruh dia ambilkan. hahaha
Ada 3 hidangan di craving station. Semestinya ikan salmon, striploin dan chicken.
Sungguh menyelerakan. Teringat-ingat lagi setiap kunyahan, yang terselit pun teringat juga. Spoil sungguh. Makan macam tu dah sedap, tapi kalau pekena sos-sos yang ada lagi sedap.
Makanan Tempatan
Ehhh makanan tempatan pun tidak dilupakan. Nasi ada 2 pilihan, nasi minyak utara dan nasi putih biasa kalau tak silap. Pilihan lauk yang sebati dengan kita seperti lauk sayur kubis, ikan bakar dan daging bakar, lauk kurma dan ayam sambal untuk yang ingin makan bersama nasi minyak utara dan banyak pilihan lain. Siap ada roti canai dan capati bersama lauk kari dan juga satay.
Makanan Timur @ East.
Ada satu barisan makanan di belakang tu Leya tak tahu nak kata hidangan apa. Tapi rasanya makanan ala-ala timur. Hidangan Italian dari timur tak? Hidangan yang Leya ingat ada seabass fish, spicy seafood paella, ada ayam pangang dan banyak la lagi. Korang kena pergi la dan tengok sendiri.
Salad dan Buahan
Pilihan tidak berapa banyak, tetapi mencukupi la dengan apa yang ada. Itu pun tak habis makan dan tak boleh nak masuk lagi dah dalam perut. Tempat hidangan pun menarik. Di letakkan di tengah-tengah dan bawahnya tersedia ais batu untuk sentiasa segar.
Terselit jugak Chicken, Salmon dan Beef Slide. Hah ini Leya tak reti nak makan dengan apa. Selalunya kalau breakfast dekat hotel yang chicken dan beef slide Leya makan dengan roti.
Belum habis lagi korang. Leya akan tunjuk makanan khas untuk kanak-kanak.
Little Adult Station
Khas untuk kanak-kanak. Dewasa pun terliur jugak nak merasa. Hidangan yang ada seperti mashed potato, fish finger, grill chicken sausage, mac & cheese, dan meatball pasta.
Nak tengok gambar? Klik Sini ➡️ Little Adult Station
Pinggan dan cawan khas untuk kanak-kanak pun disediakan. Tidak lah risau ibu bapa kalau pinggan berat terjatuh dan pecah.
Hah berbaloi tak korang rasa kalau korang laburkan duit untuk merasa makanan Spice Saturday Dinner Buffet. Tak mahal pun korang. Amat berbaloi dengan makanan yang dihidangkan untuk korang.
Harga
Dewasa = RM98
Kanak-kanak = 50%
Warga Emas = 30%
Khas untuk korang, Holiday Inn Johor Bahru City Centre buat promosi Beli 3 percuma 1 namun masih disertakan dengan hidangan bufet lengkap. Kini setiap orang dapat menikmati makan malam bufet mulai dari RM73.50 seorang.
Lokasi
Hotel Holiday Inn Johor Bahru berada di atas pusat membeli belah Komtar JBCC. Korang masuk je tempat parking JBCC dan terus naik ke level 7.
Gambar kredit to owner : Sis Lin
Waktu Operasi
Dinner Buffet di Dine @ Eight mula beroperasi dari 18:30 Pm hingga 22:00 Pm.
Maklumat Lanjut
Korang boleh hubungi no yang tertera ataupun masej di Facebook Page Holiday Inn Johor Bahru.
Website : Holiday Inn Johor Bahru City Centre
Contact No : 07-207 8888
Facebook Page : Holiday Inn Johor Bahru City Centre
Instagram : HolidayInnJBCC
Address : Komtar JBCC, Jalan Tun Abdul Razak, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
Memang puashati hati gile ek makan macamtu punya banyak menu. Berbaloi dengan harganya..
ReplyDeleteYang bestnya anak bawah 12tahun stay n eat free,,perghh berbaloi-baloi...
kalau pergi johor nanti, nak booked sini, sedapnya tgk smua makanan dia
ReplyDeleteWow...bestnya, org pompuan ni sinonim dgn makanan...rajin jalan2 cari makan...hihihi...
ReplyDelete