Sebagai ibu bapa mesti kita tertanya-tanya apa yang boleh kita pastikan yang anak kita berkembang mengikut umurnya. Mesti korang pernah terfikir kan?
Sebab itu Leya ingin gunakan kelebihan ada anak umur 2 tahun untuk berkongsi dengan korang perkembangan atau milestone kanak-kanak berumur 2 tahun.
Perkembangan atau milestone adalah perubahan yang berlaku secara berterusan dari lahir hinggalah ke akhir hayat. Perkembangan juga dipengaruhi oleh baka dan persekitaran seseorang individu.
6 Aspek Perkembangan Yang Utama
Terdapat enam aspek perkembangan utama yang menjadi fokus iaitu kemahiran motor, penglihatan, pendengaran, pertuturan dan bahasa, personal sosial dan kognitif.
Motor
Kemahiran motor terbahagi kepada motor kasar dan motor halus.
i. Motor Kasar
Kemahiran motor kasar merangkumi perkembangan postur statik, keseimbangan badan dan beberapa jenis pergerakan seperti menangkap, membaling atau menyepak bola.
ii. Motor Halus
Kemahiran motor halus pula adalah koordinasi antara pergerakan otot-otot kecil
dengan mata. Kemahiran motor halus melibatkan pergerakan tangan dan jari-
jemari seperti mengutip objek dan menggunakan sudu, membina menara mengunakan kiub dan boleh membuka halaman buku.
Penglihatan
Perkembangan kemahiran melihat merangkumi penetapan visual iaitu keupayaan melihat objek yang statik dan bergerak di persekitaran kanak-kanak. Selain itu, kemahiran ini juga melibatkan pemahaman visual di mana kanak-kanak perlu memproses dan memahami perkara/ situasi/objek yang dilihat.
Apa yang Leya boleh katakan, Zulaikha setakat ini untuk aspek penglihatan memang terbaik. Sebagai contoh Zulaikha sentiasa melihat Leya mengemas mainan secara semula jadi Zulaika akan Tolong. Sambil-sambil itu, mommy semua keluatkanlah ayat perintah sekali.
"Zulaikha, ambil mainan masukkan dalam bakul", hah gitu.
Sama juga bila menyapu rumah, Zulaika akan terus ambil penyodok sebab dia melihat perkara yang biasa kita lakukan. Dia tahu dimana kedudukan penyodok.
Pendengaran
Perkembangan pendengaran adalah kebolehan kanak-kanak untuk mengenal
pasti arah bunyi, membezakan jenis-jenis bunyi fonem dan memahami bahasa yang
digunakan. Masa yang sesuai untuk ibu bapa perdengarkan surah-surah Al-Quran atau nyayian zikir.
Tahu bunyi kereta dan motor, tahu bunyi-bunyi binatang dan suka mendengar lagu-lagu.
Zulaikha tahu bunyi motor dan kereta, bunyi haiwan pun dia tahu. Kalau bab lagu ini tak payah cerita la. Siap boleh menari.
Pertuturan dan Bahasa
Kemahiran berkomunikasi adalah kebolehan kanak-kanak untuk menggunakan dan menggabung ayat bagi mendapatkan perhatian, permintaan, menunjukkan emosi, bertanya, menjawab soalan dan memberi komen.
Pertuturan dan Bahasa adalah satu proses kognitif yang berkembang melalui interaksi dengan orang di sekeliling ataupun persekitaran.
Anak korang seharusnya sudah boleh menyebutkan nama benda, angka 123, anggota badan, mengenali nama-nama anggota keluarga, mengucapkan 2-4 kata, atau melakukan perintah yang sederhana.
Selain itu, pada usia 2 tahun anak juga umumnya sudah boleh meniru ucapan orang lain.
Personal Sosial
Kemahiran bersosial merujuk kepada perkembangan kanak-kanak dari segi
memahami perlakuan, niat dan perasaan orang lain. Kemahiran ini juga merangkumi kawalan emosi iaitu keupayaan kanak-kanak untuk menzahirkan emosi secara sesuai dan efektif untuk mendapatkan keperluan dan membentuk serta mengekalkan hubungan sosial.
Mesti anak korang pernah cakap "no, tak nak atau jangan". Tidak mahu berkongsi mainan atau cemburu jika melihat kita bermesra dengan orang lain. Menangis dan marah bila tidak dapat apa yang dimahukan.
Kognitif
Kemahiran kognitif adalah keupayaan kanak-kanak untuk mengguna dan mengintegrasi proses mental seperti pengamatan, persepsi, memori dan pemahaman konsep bagi menyelesaikan masalah. Kemahiran ini merangkumi kebolehan untuk memberi perhatian, keupayaan untuk mengatur diri (self-organising) dan mengawal diri
(self-regulation).
Senang cerita anak korang tahu dimana mereka letakkan mainan, visualkan objek atau gambar yang ada dalam fikiran dan selesaikan masalah.
Contohnya senang, mereka boleh membuka penutup botol, penutup mangkuk atau buka mainan lego atau puzzle dan pasangkan semula. Mereka juga boleh masukkan objek yang sama size dan bentuk.
Mereka juga sudah boleh menerima arahan. Cubalah korang suruh mereka ambilkan hanger bila korang tengah sidai baju, ambilkan remote TV jika mereka ingin melihat kartun.
Apa Perlu Buat Jika Perkembangan Anak Tidak Seperti Diatas.
Tetapi janganlah pulak gelabah atau terlalu risau jika perkembangan anak korang tidak mengikut seperti yang Leya cakap.
Setiap anak-anak atau kanak-kanak berbeza perkembangan. Sentiasa follow up dengan Doctor atau Nurse yang berdekatan dengan korang ye. Cerita pada mereka. Mintak pandangan mereka.
WEii Sis baca tadi ingat kann anak boleh naik motor hahahaha..adeiii
ReplyDeleteYaa betul tu, tapi kemahiran anak-anak berbeza semuanya.. kadang sulung cepat belajar, kena no2 lambat, no3 lagi advance..begitulah kannnn
bila anak-anak dah masuk 2 tahun ni memang banyak cabarannya. banyak benda die nak belajar kan..kita la kena banyakkan bersabar
ReplyDeletekanak-kanak 2 tahun ni banyak guna kemahiran motor dan kognitif, ibu bapa juga kena main peranan dalam proses mereka membersa ni :)
ReplyDeleteMasa usia lingkungan 2 tahun ke 3 tahun adalah fasa yang best. Perhatian tu memang kita akan bagi. Pok pek pok pek, pasti dilayan. Cuma, nak nasihat ibu ibu jangan kerap join komuniti parenting yang negatif. Cari yang positif. Sebab ada sejenis manusia suka compare dan berlagak dengan anak mereka. Sedangkan kita perlu beri masa dan biar anak enjoy. Kalau mummy risau, better jumpa doktor kanak-kanak terus k. Itu lebih baik.
ReplyDeleteJadi ibu ni memang kena sentiasa pantau perkembangan anak-anak kan. Ada guideline macam ni senang nak tahu and perbaiki perkembangan mereka.
ReplyDeleteTeringat pula masa kecil-kecil. Selalu dengar lagu Jepun sampai boleh hafal 😂. Punyalah boleh pelbagai input masa kecil dulu
ReplyDeletesetiap anak ada proses perkembangan yang berbeza. ada yang agak cepat dan agak lembat
ReplyDeleteBagus la artikel ini.. pernuh infomasi dan boleh dijadikan sumber rujukan budak2 sains juga ni.. :) Good to know these for all the parents dan parent to be ni.. Thanks for sharing this ya
ReplyDeletewhat an informational and detailed article! really useful especially for young and new parents :)
ReplyDeleteYup setiap anak2 berbeza.. Mavam ana nad, yang sulung cepat sikit, yang kedua ni cakap tak lancatlr lagi. Tapi takpe, hari2 nad cakap dengan dia.. Hehehe
ReplyDeletegreat posting... i love this content.. I can refer this for the growth of my kids later on.. thanks for sharing
ReplyDeleteThis is truly a great post for parents with young kids to help them develop their motor skills. Thanks for sharing this awesome content.
ReplyDelete